saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 08/03/2003

YRMS: Pengorbanan Tengku Amir untuk rakyat

Oleh Normala Hamzah
MENCAPAI IMPIAN... demikian motto Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) yang telah direalisasikan pada satu majlis pelancaran di Istana Selangor, Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Kuala Lumpur 3 Mac lalu.

Majlis yang cukup bermakna buat pemuda pemudi negara ini berlangsung dalam suasana sederhana tetapi menjadi manis lagi kerana ia diadakan sempena Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Penaung Yayasan Raja Muda Selangor ini.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berangkat hadir. Pada majlis itu juga Tengku Amir berkenan menyumbang elaun baginda mulai sekarang sehingga baginda berusia 21 tahun kepada yayasan berkenaan.

Majlis bertambah seri dengan koleksi setem bersalut emas himpunan peribadi Sultan Selangor untuk para penderma yang bermurah hati menyumbang kepada yayasan ini. Individu atau badan korporat dan syarikat-syarikat yang menyumbang RM10,000 ke atas akan menerima set Koleksi Diraja ini.

Sambutan jemputan khas pada majlis perasmian amat menggalakkan di mana pada hari tersebut sejumlah RM1.5 juta berjaya dikumpulkan.

Sultan Sharafuddin pada majlis Koleksi Diraja ini bertitah, baginda ingin mendedikasikan Koleksi ini kepada semua penderma yang bermurah hati menyumbang kepada YRMS bagi membantu para remaja Malaysia yang serba kekurangan dan terabai.

``Beta berharap Koleksi Diraja ini akan memperingatkan warisan kita yang sungguh kaya, mewakili segala aspek pencapaian sama ada sebagai pemerintah atau rakyat, mahupun sebagai koperasi atau individu sebagai ibu bapa atau anak,'' titah baginda.

Setem-setem ini menjangkau lebih seabad usianya dan merencanakan peristiwa penting dalam sejarah Selangor bermula dengan setem pertama yang dicetak dengan perkataan Selangor pada tahun 1891 hinggalah ke setem terbaru yang dikeluarkan pada bulan Mac 2003 bagi memperingati kemahkotaan Sultan Selangor sekarang, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Sultan Selangor yang ke-9.

Koleksi ini bukan sekadar merakamkan kemegahan Selangor tetapi juga mengekalkan warisan berharga Malaysia dengan setem-setem yang menggambarkan pemerintah-pemerintah unggul, peristiwa bersejarah dan seni bina termasyhur negara.

Jongkong-jongkong setem ini diukir dengan penuh kepakaran dan ketelitian di mana ia diperbuat dengan kemasan berkabut yang dikontraskan dengan kemasan licin yang menjadikannya sungguh anggun. Ia menghasilkan dengan jelas setiap butiran terperinci seperti mana yang terdapat pada setem asal. Dengan mengikut saiz asal setem, jongkong-jongkong ini diletakkan dalam kotak kemasan mahogany beralas kain baldu yang amat digemari oleh para pengumpul. Setip set lengkap dengan sijil bernombor beserta panduan susun atur berwarna yang menunjukkan gambar-gambar setem.

Pengerusi YRMS, Raja Datuk Arshad bin Raja Tun Uda, berkata, yayasan akan membantu menyedarkan generasi muda Malaysia bahawa akademik bukan segala-galanya untuk berjaya malah kemahiran juga boleh membawa kejayaan kepada mereka jika kena caranya.

Pemuda dan pemudi negara ini yang mempunyai kemahiran akan diberi bantuan untuk mendalami minat mereka dalam bidang-bidang tertentu seperti seni, kebudayaan, warisan, sukan dan rekreasi serta subjek lain berkaitan dengannya sehingga berjaya, kata Raja Datuk Arshad.

Menurut beliau, ini merupakan salah satu tanggungjawab yayasan dalam membantu golongan muda yang mempunyai kepakaran di bidang-bidang tertentu tetapi lemah dalam bidang akademik untuk terus menerima pendidikan ke peringkat tertinggi di bidang yang diminati.

``Kita tidak mahu mereka terbiar dan menghabiskan masa tanpa melakukan perkara-perkara berfaedah,'' katanya.

Menurut Raja Datuk Arshad lagi, pemilihan akan dilakukan oleh satu panel khas yang akan menilai permohonan, mengkaji latar belakang permohonan dan sebagainya bagi memastikan hanya mereka yang layak sahaja akan diberi peluang.

Tambah Raja Datuk Arshad, pihak YRMS akan bekerjasama dengan mana-mana individu, korporat dan yayasan-yayasan kebangsaan serta agensi kerajaan untuk mencapai objektif tersebut supaya sampai kepada sasarannya.

Untuk permulaan permohonan akan dibuka kepada rakyat Selangor dahulu tetapi kemudian insya-Allah akan dibuka kepada umum, tambah beliau.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif YRMS, Rashidah Abdul Jabar pula berkata menyedari keadaan dunia yang semakin kompleks, isu-isu kritikal yang mengancam pertumbuhan generasi muda maka YRMS mengambil langkah dan memikul tanggungjawab untuk membangun dan mengembalikan keyakinan diri, karektor dan kemahiran generasi muda negara dengan memberi mereka bantuan yang diperlukan supaya mereka dapat menyumbang kemahiran dan kepakaran yang diperolehi untuk agama, bangsa dan negara.

Sasaran YRMS adalah generasi muda berusia dari 15 hingga 29 tahun dengan objektif utamanya untuk memberi peluang generasi muda ini yang kurang didikan akademik tetapi memiliki kemahiran meneruskan pendidikan mereka dalam bidang yang diminati sehingga berjaya, katanya.

Dalam hubungan ini kata Rashidah pemuda dan pemudi yang terpilih akan diberi peluang belajar dalam bidang yang mereka mahir dan apabila tamat belajar sudah ada pekerjaan menunggu mereka. YRMS pula akan memberi nasihat dan bantuan kewangan, melatih, memantau dan memberi sokongan apa sahaja yang perlu supaya mereka belajar sehingga berjaya. Pada masa yang sama, pelbagai program pembangunan akan menyediakan pengalaman belajar bagi membantu mereka mencapai cita-cita dan kejayaan. Kata Rashidah mereka yang tergerak hati untuk menyumbang atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan dan kemasukan ke YRMS boleh berbuat demikian dengan menghubungi beliau di talian 03-26948788 atau telefon bimbit 013-3673004.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.