saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/03/2003

AIM 2003 - Penyanyi baru lebih menyerlah

DARI kiri Misha Omar, Siti Sarah, Ajai, Dayang Nurfaizah dan Nurul bertanding di Anugerah Industri Muzik 2003.


CORAK muzik yang dihasilkan oleh penyanyi tanah air menjadi penentu arah tuju muzik yang dipertandingkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) yang berlangsung sejak 10 tahun lalu.

Tempoh satu dekad yang dilalui menyaksikan pelbagai perubahan dan kemajuan dalam muzik yang diperkenalkan. Ada yang bertahan dan ada yang semakin sepi.

Kehadiran penerbit dan penyanyi baru dalam arena muzik tanah air sepanjang tahun lalu turut membawa perubahan dalam arus muzik semasa apabila mereka tampil dengan perubahan.

Penggiat industri muzik nampak arus perubahan yang dibawakan apabila senarai akhir AIM 2003 memperlihatkan penguasaan penyanyi baru.

Siti Sarah, Misha Omar, Jai, Hazami, kumpulan Phyne Ballerz, Spider dan Flop Poppy turut bersaing hebat dengan penyanyi dan kumpulan yang telah kukuh.

Malah kali ini kategori Artis Baru Terbaik lebih menarik perhatian berbanding perebutan anugerah di kalangan penyanyi yang lebih senior.

Artis baru menyaksikan saingan Sarah, Hazami, Misha Omar, Jai dan kumpulan Phyne Ballerz yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Siti Sarah menerusi album sulungnya mendapat empat pencalonan termasuk Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita), Album Pop Terbaik dan Lagu Terbaik (Kesetiaan).

Dalam kategori persembahan vokal, Sarah dan Misha Omar bakal menggugat keupayaan penyanyi senior Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah.

Phyne Ballerz, NowSeeHeart, Teh Tarik Krew serta Urban Exchange turut tersenarai bersama-sama Ajai dan Nurul dalam kategori persembahan vokal berkumpulan.

Hanya vokal lelaki yang menyaksikan perebutan sengit penyanyi lama Anuar Zain, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Rem dan Zamani.

Album Sarah dan Hazami juga turut menyaingi album Anuar Zain, Dayang Nurfaizah dan Siti Nurhaliza dalam kategori Album Pop Terbaik.

Lagu Kesetiaan nyanyian Sarah dan lagu Bunga-Bunga Cinta nyanyian Misha tersenarai antara lima lagu terbaik bersama-sama lagu Syair Si Pari-Pari (Zamani), Nirmala (Siti Nurhaliza) dan Keabadian Cinta (Anuar Zain).

Dalam kategori Album Pop Rock Terbaik juga menyaksikan kehadiran kumpulan baru Flop Poppy, Spider, Sunday dan Iva Virginia menyaingi kumpulan lama, OAG.

Kumpulan Metalasia dan Tribe pula tersenarai bersama-sama kumpulan lama Amuk, Wings dan XPDC dalam kategori Album Hard Rock Terbaik.

Album Pop Etnik Terbaik pula menampilkan album Noraniza Idris, Ramli Sarip, Yasin, Siti Nurhaliza dan Syura/ Datuk M. Daud Kilau manakala NowSeeHeart, Saff-One, Hijjaz, Rabbani dan Saujana berebut kategori Album Nasyid Terbaik.

AIM 2003 akan berlangsung 26 April depan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur yang akan dikendalikan oleh Afdlin Shauki.

Kali ini 18 kategori dipertandingkan. Kategori lain termasuk Artis Harapan, Kulit Album, Rakaman Album Terbaik, Video Muzik Terbaik, Artis Inggeris Tempatan Terbaik, Album Inggeris Tempatan Terbaik, Album Indonesia Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu.

Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik, Aziz Bakar berkata kehadiran banyak penyanyi baru telah memberi suntikan baru dalam arus muzik tempatan.

``Mereka tampil dengan suara dan gaya nyanyian yang tersendiri dan kelainan itu membuatkan mereka diterima,'' katanya yang nampak masa depan industri kini terletak di tangan artis baru.

``Tahun ini sebanyak 17 pencalonan artis baru dan mereka adalah pelapis kepada masa depan dengan kesungguhan meningkatkan mutu,'' katanya lagi.

Siti Sarah pula nampak kelainan yang ditonjolkan oleh penyanyi baru seangkatannya seperti Misha Omar, Hazami, Jai dan Phyne Ballerz yang mendapat perhatian.

``Kami tampil dengan imej tersendiri dan pasti akan sentiasa membuat persembahan terbaik,'' katanya lagi.

Misha juga berasa bangga apabila tersenarai bersama-sama dengan artis popular lain dalam kategori utama seperti persembahan vokal dan lagu terbaik.

``Pencalonan ini memberikan penghormatan kerana apa yang saya hasilkan diterima,'' katanya.

Penyanyi utama Phyne Ballerz, Nine berkata, mutu menjadi keutamaan bukannya tempoh seseorang artis bergiat dalam bidang muzik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.