saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/03/2003

MX3 filem terbaru Yusof Kelana

YUSOF KELANA (tiga dari kiri) bersama pelakon filem mx3 selepas pelancarannya di kuala lumpur, baru-baru ini.


SELEPAS berehat panjang daripada mengarah filem, Yusof Kelana bangun semula dengan filem terbaru arahannya, MX3. Seperti kelaziman beberapa syarikat filem lain dan senario pasaran kini, pendekatan yang diambil adalah bercorak komedi penyiasatan.

Membariskan beberapa pelakon komedi terkenal semasa seperti Saiful Apek, Azlee, Faizal Hussin, Zul Yahya dan Osman Kering, filem ini telah memulakan penggambaran 17 Mac lalu.

Filem ini turut menampilkan barisan pelakon wanita popular seperti Sarimah Ibrahim, Juliana Banos, Syanie dan Sheila Rusly.

Bagi Yusof selepas hampir sembilan tahun tidak mengarah filem, MX3 merupakan pengalaman baru yang mendebarkan.

Beliau mengakui tidak semestinya filem-filem bercorak komedi akan berjaya di pasaran, namun beliau amat yakin kerana rezeki di tangan Tuhan.

``Saya gembira kerana dapat peluang mengarahkan filem ini selepas dua buah filem sebelum ini. Tetapi saya turut merasa bimbang dan gementar.

``Persoalan yang sering bermain dalam diri saya ialah apakah filem ini akan mendapat sambutan di kalangan penonton?'' ujarnya pada majlis pelancaran filem MX3 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia dilancarkan oleh Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohd Yassin.

Filem yang skrip asalnya ditulis oleh Dilla Hussin ini diterbitkan bersama oleh Skop Productions Sdn Bhd dan M.E Communications Sdn Bhd.

MX3 yang dijangka mengambil masa 40 hari penggambaran meliputi lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Bukit Tinggi dan Cameron Highlands

Filem ini mengisahkan tiga penyiasat persendirian, Masdor (Saiful Apek), Mamat (Faizal Hussin) dan Malek (Zul Yahya) menyiasat kes tuntutan insurans kematian sebanyak RM10 juta.

Mereka diupah oleh syarikat insurans kerana mayat si mati tidak dijumpai dan semasa proses siasatan inilah ketiga-tiganya menghadapi pelbagai dugaan dan insiden ngeri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.