saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/04/2003

Siah sentiasa tunggu panggilan telefon anak setiap awal pagi

KUALA TERENGGANU 3 April - Bagi Siah Endut, 49, deringan telefon setiap awal pagi sentiasa ditunggu-tunggunya dengan harapan anaknya, Mohd. Rozainy Ghazali yang kini dikatakan masih berada di Baghdad membuat panggilan.

Siah ketika dihubungi di rumahnya di Kampung Alor Kiambang, Hulu Terengganu berkata, dia semakin bimbangkan keselamatan anaknya kerana sehingga kini tiada apa-apa berita mengenainya serta dua rakannya dari Baghdad.

Sedangkan Siah tahu Baghdad terus dibedil oleh tentera penceroboh yang kini dikatakan semakin menghampiri Baghdad.

Siah mengakui sejak kebelakangan ini tidurnya tidak lena dan kerap terjaga, mengharapkan panggilan telefon daripada Mohd. Rozainy terutamanya sekitar pukul 3 hingga 4 pagi.

``Masa Iraq aman dulu selalunya Rozainy telefon dalam pukul 3 atau 4 pagi. Wisma Putra juga setakat ini belum menghubungi makcik untuk beritahu keadaan anak makcik sekarang.

Mohd. Rozainy dikatakan masih berada di kota raya tersebut bersama dua rakannya Mohamad Abdullah Osman dari Pulau Pinang dan Manan Baijuri dari Selangor untuk meneruskan pengajian yang hampir tamat.

Siah percaya anaknya masih berada di Baghdad kerana dia merasakan jika Mohd. Rozainy sudah keluar dari negara itu, sudah pasti anaknya itu akan menghubunginya atau ahli keluarganya yang lain.

``Makcik juga berharap Wisma Putra terus berusaha mengesan anak makcik dan memberitahu kami segera jika dapat mengesan Rozainy dan kawan-kawannya,'' tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.