saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/04/2003

Princess muncul dalam telefilem

KEBELAKANGAN ini semakin ramai artis kumpulan remaja lelaki dan perempuan ditawarkan berlakon telefilem terutamanya untuk pasaran video cakera padat (VCD). Mungkin kerana hiburan berbentuk itu mudah dihasilkan serta mendapat pasaran yang baik.

Terbaru tawaran yang sama diberikan kepada kumpulan penyanyi Princess iaitu artis syarikat rekod Carry Base. Princess yang dianggotai oleh Sherry, Awin, Niky dan Fyda sebelum ini pernah muncul dengan album Dunia itu ditawarkan terlibat dalam pembikinan VCD berjudul Princess.

Menurut Niky, walaupun pertama kali menceburi bidang lakonan, ternyata pengalaman mereka amat menyeronokkan dan yakin anggota kumpulan itu akan mampu membawakan watak masing-masing dengan baik.

``Saya diberi watak remaja nakal yang suka mengambil kesempatan. Memang ini penampilan sulung saya, justeru saya memberikan yang terbaik supaya peminat akan gembira apabila membelinya,'' jelasnya.

Bagi Sherry dan Awin pula berlakon sebagai pelajar kolej iamat menyeronokkan apatah lagi berlakon di samping pemuda kolej Danny X-Factor (Zack) serta Jalil Hamid (Pak Din warden kolej) yang pandai berjenaka.

Berbeza dengan Fyda berlakon watak anak bangsawan Puteri Rafida yang mengalami masalah percintaan dengan Tengku Faizol (Rusdi Ramli).

VCD Princess itu diarahkan bersama oleh Din Glamour dan Zulkifli M. Osman menerusi produksi Berlian Positif (M) Sdn. Bhd., yang baru sahaja selesai menjalankan lokasi indah Cameron Highlands, Pahang.

Din Glamour berkata, walaupun Princess adalah kumpulan penyanyi, tetapi watak mereka berlainan dengan kerjaya mereka.

``Princess mengetengahkan konsep komidi dengan menggabungkan tiga kisah sehingga menghasilkan cerita yang menarik bagi memenuhi selera remaja sambil menerapkan mesej tertentu,'' katanya.

Menurut Din, Princess menghidangkan kisah remaja kolej yang mempunyai nilai setia kawan, remaja nakal dan percintaan remaja golongan bangsawan.

Turut berlakon di dalam VCD Princess ini ialah Radhi Khalid, Kamarool Yusof dan beberapa lagi artis baru.

VCD yang ditunggu-tunggu oleh para peminat untuk menyaksikan sejauh mana mutu lakonan pertama Princess itu dijangka akan memasuki pasaran pertengahan April ini.

Adalah diyakini hasil kerja dua pengarah filem dan drama swasta Din Glamour dan Zulkifli M. Osman tidak akan mengecewakan penonton VCD itu kelak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.