saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 23/04/2003

Sukma tanpa atlet kebangsaan

MULAI Sukan Malaysia (Sukma) 2006, semua atlet kebangsaan buat pertama kali tidak akan dibenarkan bertanding pada temasya sukan dwi-tahunan itu.

Peraturan baru itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Kuala Lumpur, semalam.

Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata, ini bagi memastikan Sukma benar-benar menjadi medan mencungkil bakat baru di negara ini.

Katanya, kehadiran atlet kebangsaan dilihat menyekat kemunculan dan menjejaskan peluang atlet muda berbakat yang sedang berusaha mencipta nama.

``Peraturan baru ini diharap akan menjadi titik permulaan kepada peranan Sukma yang lebih besar selepas pencapaian yang ditunjukkan selama ini.

``Keputusan ini juga dibuat selepas mengambil kira pandangan pihak-pihak yang terbabit dalam perkembangan sukan negara,'' ujarnya.

Sehubungan itu katanya, MOM tidak mahu terburu-buru dalam melaksanakan peraturan baru ini pada Sukma 2004 di Negeri Sembilan.

Malah katanya, tidak adil bagi pihak penganjur dan kontinjen negeri yang pastinya akan berdepan masalah sekiranya ia dilaksanakan dalam masa yang singkat.

``Pihak penganjur pastinya akan bimbang dengan sambutan penganjuran manakala kontinjen negeri pula akan kehilangan atlet-atlet harapan mereka begitu sahaja.

``Oleh itu, kita akan memberi masa kepada semua pihak untuk bersiap sedia menghadapi pelaksanaan peraturan baru ini,'' tegasnya.

Idea mengecualikan atlet kebangsaan ke Sukma tercetus pada temasya sukan itu di Kota Kinabalu, Sabah tahun lalu selepas beberapa kontinjen negeri mempertikaikan kehadiran mereka.

Alasan yang diberikan, matlamat Sukma untuk melahirkan atlet baru tidak akan tercapai kerana atlet kebangsaan akan mendominasi pertandingan yang dijalankan.

Malah ia turut memberi peluang kontinjen negeri yang mempunyai ramai atlet kebangsaan mengambil mudah persiapan kerana telah dibekalkan atlet yang sudah sedia dilatih.

Di samping itu, turut timbul masalah apabila berlaku perebutan, main kotor dan `curi-mencuri' atlet kebangsaan antara negeri-negeri yang masing-masing mengakui bahawa atlet terbabit adalah hak mereka.

``Oleh itu, bagi mengelakkan daripada semua itu berlaku, peraturan ini diharap dapat menyelesaikan semua masalah yang timbul,'' ujar Tunku Imran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.