saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/04/2003

Siti Sarah - Tonggak artis muda


SITI SARAH.


ANUGERAH Industri Muzik 2003 yang mencecah usia 10 tahun mengiktiraf bakat muda dalam bidang seni.

Penyanyi dan komposer baru begitu menyerlah kali ini dengan Siti Sarah Raisuddin mengepalai kelompok dengan membawa pulang tiga anugerah.

Siti Sarah menjadi tonggak memecahkan benteng menguasai penyanyi popular menerusi album sulung berjudul Sarah yang turut mendapat sambutan.

Penyanyi itu memenangi anugerah utama Album Terbaik, Artis Baru Terbaik dan Album Pop Terbaik, satu pencapaian memberangsangkan.

Dia menyamai rekod Ning Baizura 10 tahun lalu yang membawa pulang tiga anugerah yang sama menerusi album sulung, Dekat Padamu. Kemenangan Sarah dan Ning kerana menghasilkan pendekatan baru dalam muzik.

Juara Bintang URTV 2002 itu mengenepikan album penyanyi popular lain seperti Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Yasin, Rabbani, Anuar Zain dan beberapa lagi.

``Bagi saya semua calon telah berjaya, cuma saya lebih bertuah kerana dipilih sebagai pemenang,'' kata Siti Sarah selepas majlis tersebut di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Dia tidak mahu kemenangannya dianggap sebagai menyingkir penyanyi lama kerana mereka juga mempunyai kualiti tersendiri.

``Saya tidak dapat menjelaskan bagaimana perasaan saya apabila diumumkan sebagai pemenang,'' katanya yang memilih gaun rekaan Rizalman Ibrahim malam itu.

Tanggungjawab

Kemenangan Siti Sarah sangat manis pada saat-saat penguasaan Siti Nurhaliza semakin menipis. Kemenangan ini tentunya memberikan satu tanggungjawab lebih besar untuk menghasilkan yang terbaik pada masa akan datang.

``Saya sentiasa ingin memberikan persembahan setiap masa,'' katanya lagi.

Azlan Abu Hassan pula mungkin kurang popular berbanding komposer lain, namun AIM kali ini sentuhannya menerusi lagu Keabadian Cinta nyanyian Anuar Zain diiktiraf sebagai Lagu Terbaik.

Anuar turut memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki). Siti Nurhaliza turut memenangi kategori sama selama lima tahun berturut-turut. Komposer muda itu mengenepikan Pak Ngah, Ajai, Aidit Alfian dan abangnya Adnan Abu Hassan.

Kumpulan Spider satu lagi nama baru yang menonjol kali ini dengan membawa pulang anugerah Album Pop Rock Terbaik. Kebetulan saingannya terdiri daripada kumpulan anak muda, Flop Poppy, Sunday, OAG dan Iva Virginia.

Sementara itu, persembahan hiburan malam itu agak membosankan kerana terlalu banyak disogokkan dengan lagu. Keghairahan penerima anugerah hilang oleh persembahan yang terlalu banyak. Mungkin penerbit ingin menonjolkan lebih banyak artis di pentas.

Sebelum satu anugerah disampaikan, penonton dihidangkan dengan dua atau tiga buah lagu. Nampaknya muzik rock yang menjadi pilihan. Mungkin penganjur ada alasan tersendiri. Namun kumpulan rock tidak pula memenangi anugerah utama sebaliknya sekadar menang kategori antara genre mereka sahaja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.