saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 11/05/2003

Lawatan Schroder ke Malaysia bantu tingkatkan ekonomi

KUALA LUMPUR 10 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, lawatan rasmi Canselor Jerman, Gerhard Schroder ke Malaysia Isnin ini penting dalam meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara.

Katanya, selain hubungan politik Malaysia juga banyak bergantung kepada pelaburan dari negara itu dalam membantu meningkatkan ekonominya.

``Jerman banyak melabur di Malaysia, malah perdagangan kita dengan Jerman juga meningkat dengan begitu pesat,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-57 di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas lawatan tiga hari Schroder ke negara ini.

Canselor Jerman itu bersama rombongannya dijadual tiba ke negara ini esok.

Pada Isnin ini, selain mengunjungi Dr. Mahathir, Canselor Jerman itu juga dijangka menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menyampaikan ucapan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di sini.

Menurut Perdana Menteri, lawatan itu penting dalam merapatkan hubungan antara kedua-dua negara kerana Jerman merupakan pelabur Eropah terbesar di negara ini.

``Pada tahun lalu pelaburan dari Jerman adalah yang paling besar dari Eropah. Adalah penting kepada kita untuk ada hubungan rapat dengan Jerman kerana ada potensi pelaburan dan pemindahan teknologi,'' jelasnya.

Selain Malaysia, Schroder juga dijadualkan melawat beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Singapura dan Indonesia.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.