saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 02/06/2003

Logo SUKMA 2004 dilancar

Isa Samad (kanan) bersama Maskot Sukma Ke Sepuluh (RUSA) pada majlis pelancaran laman web, tema, logo, maskot dan lagu Sukma 2004 Negeri Sembilan di Seremban semalam. - Gambar Zaki Amiruddin.


KERAJAAN Negeri Sembilan secara rasminya melancarkan logo, tema, maskot, lagu dan laman web Sukan Malaysia (Sukma) Ke-10 2004 dengan penuh gemilang di padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di Seremban, semalam.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dengan disaksikan oleh lebih 10,000 orang penonton.

Sukan dwi-tahunan tersebut dijadualkan berlangsung di Negeri Sembilan pada 28 Mei hingga 6 Jun 2004 dengan melibatkan 19 buah kontinjen termasuk Brunei dalam 30 acara yang dipertandingkan nanti.

Berucap di majlis itu, Mohd. Isa berharap sukan tersebut berjaya mencungkil lebih ramai atlet muda yang mampu bersaing di persada sukan peringkat antarabangsa.

``Inilah harapan kerajaan dan diharapkan Sukma Ke-10 akan menjadi medan dan persaingan yang hebat di kalangan atlet,'' katanya.

Pelancaran itu dibuat sebagai pengiraan (count down) sebelum pertandingan tersebut bermula dalam tempoh kira-kira setahun lagi dalam usaha mengingatkan semua pihak termasuk persatuan-persatuan sukan supaya menyediakan atlet.

Logo Sukma 2004 berbentuk geometrik dengan gabungan tiga objek berupa tiga atlet bergandingan tangan menjulang obor, melambangkan perpaduan dan integrasi nasional yang terserlah melalui sukan.

Tiga atlet itu juga menggambarkan kedudukan juara, naib juara dan pemenang di tempat ketiga yang menjadi sasaran atlet yang bakal mengambil bahagian nanti.

Logo yang menggunakan empat warna iaitu merah, kuning, biru dan hitam itu juga mempunyai lukisan obor yang melambangkan semangat berdaya saing atlet untuk mencipta kecemerlangan.

Tema Sukma Ke-10 itu pula ialah `Atlet Cemerlang Negara Gemilang' yang mengharapkan atlet cemerlang bukan sahaja berupaya mengharumkan namanya malah mengangkat martabat dan citra negara.

Negeri Sembilan memilih Rusa sebagai maskotnya manakala lagu tema bertajuk `Atlet Cemerlang Negara Gemilang' digubah oleh Nadzar A. Samah manakala liriknya dihasilkan oleh Mahaya Mohd. Yassin.

Lama web sukan itu ialah www. sukmax2004.com.my.

Majlis pelancaran itu turut diserikan dengan pertunjukan bunga api dan beberapa artis tempatan.

Sempena majlis pelancaran itu, pasukan bola sepak Negeri Sembilan turut menampilkan diri selepas berjaya menjulang Piala FA mengalahkan Perlis 2-1 di Stadium Perak, kelmarin..

Pengurus pasukan skuad Rusa, Datuk Jamaludin Ahmad bersama ketua jurulatih, K. Devan dan para pemain tampil bersama Piala FA yang kemudian menyerahkan piala itu kepada Menteri Besar, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.