saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 03/06/2003

Seri Puteri, Alam Shah - kini jadi sekolah menengah sains

Dataran Sekolah Seri Puteri berlatar belakang panorama bangunan pencakar langit di tengah ibu kota Kuala Lumpur.


TAPAK lama bangunan dua buah sekolah berasrama penuh (SBP) iaitu Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Menengah Alam Shah, kedua-duanya di Kuala Lumpur, akan dijadikan sekolah menengah aliran sains yang dijangka beroperasi bulan.

Sekolah asal Seri Puteri akan diganti nama kepada Sekolah Menengah Sains (SMS) Seri Puteri manakala Sekolah Menengah Alam Shah pula kepada SMS Alam Shah.

Pertukaran itu berikutan kedua-dua buah sekolah asal telah berpindah ke premis baru, masing-masing di Cyberjaya dan Putrajaya baru-baru ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di kedua-dua buah sekolah itu mendapati ia kini dalam persediaan `menyambut' kedatangan pelajar-pelajar baru.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMS Seri Puteri, Salasiah Maria Talib berkata, kerja-kerja menyelenggara kawasan sekolah sedang giat dilakukan oleh pekerja am secara kontrak.

``Persediaan ini penting bagi memberi imej `kemas' dan selesa kepada pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar pada 9 Jun ini,'' katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan.

Menurut beliau yang dikenali sebagai Cikgu Maria, seramai 120 pelajar baru terpilih membabitkan pelajar tingkatan empat dari seluruh negara akan mendaftar di SMS Seri Puteri pada hari berkenaan bermula pukul 8.30 pagi.

``Peringkat awal kita hanya menerima sebilangan kecil pelajar kerana beberapa buah blok bangunan perlu dinaik taraf.

``Buat permulaan, hanya sebuah blok asrama akan digunakan untuk menempatkan pelajar-pelajar baru manakala dua blok lagi akan menjalani proses naik taraf dari semasa ke semasa,'' katanya dan menambah kapasiti lebih 500 pelajar akan dipenuhi menjelang tahun depan.

Maria, bekas guru Sekolah Seri Puteri, merupakan guru di Sekolah Menengah Sains Selangor sebelum dilantik menjadi salah seorang daripada tiga pegawai tadbir di SMS Seri Puteri.

Menurut beliau, seramai 15 guru termasuk tiga guru berpengalaman manakala selebihnya merupakan guru-guru lepasan ijazah akan menjadi tenaga pengajar di SMS Seri Puteri.

``Selain saya dua lagi bekas guru Sekolah Seri Puteri iaitu Sabihah Ibrahim dan Zurina Hashim diberi tanggungjawab untuk menerajui SMS Seri Puteri,'' katanya memberitahu Sabihah merupakan pengetua di sekolah `baru' itu.

Sementara itu, Utusan Malaysia difahamkan SMS Alam Shah akan membuka pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baru pada 16 Jun ini.

Menurut sumber sekolah berkenaan, pengambilan pelajar pertama adalah terhad membabitkan seramai 90 orang pelajar tingkatan empat sahaja.

Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Menengah Alam Shah merupakan antara SBP terkenal kerana berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai sekolah terbaik kebangsaan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.