saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/06/2003

Kavita Kaur - " Saya masih solo


Kavita Kaur.


``SAYA masih solo. Tidak ada teman lelaki lagi ketika ini. Tidak dinafikan setiap wanita ingin berkahwin tetapi saya belum temui pasangan yang sesuai.'' Itulah pengakuan pelakon dan model tinggi lampai, Kavita Kaur yang ditemui sewaktu pelancaran filem Pontianak Harum Sedap Malam di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kavita yang memegang watak sebagai Anna di dalam filem arahan Shuhaimi Baba itu dengan tenang mengakui menerima banyak pertanyaan tentang peribadinya.

Akibat daripada kekerapan diajukan soalan tersebut menyebabkan dia lali dan menganggapnya sebagai dugaan hidup dunia artis.

Pertanyaan seperti itu tentu mempunyai motif. Ini kerana model tinggi lampai itu hangat digosipkan menjalin hubungan dengan seorang kerabat diraja.

``Saya sudah bosan menjawab soalan peribadi. Saya juga tidak mahu membesar-besarkan gosip yang tidak berasas itu,'' tegasnya.

Meskipun enggan memberi komen lanjut tentang kisah cintanya dengan orang istana, pelakon yang memiliki senyum menawan ini tidak menolak dakwaan dia mempunyai ramai kawan di kalangan kerabat diraja.

Baginya, gosip cinta dengan golongan diraja adalah perkara paling berat yang dilontarkan kepadanya sejak melibatkan diri dalam dunia lakonan.

``Ini adalah gosip pertama yang saya terima sepanjang bergelar artis. Sebagai seorang yang tidak suka menyusahkan diri, saya tidak mahu memikirkannya. Saya perlu meneruskan kehidupan,'' katanya yang mengakui tidak terganggu dengan gosip sebegitu.

Dari segi kerjaya, Kavita yang pernah diberi peranan utama di dalam filem Mimpi Moon bersama Rashidi Ishak itu tidak banyak muncul di layar perak kerana sikapnya yang selektif.

Setiap kali muncul dia inginkan kelainan terutama dari segi perwatakan. Malangnya, sebelum ini kebanyakan watak yang ditawarkan adalah watak sebagai model yang sememangnya adalah kerjayanya.

Menerusi Pontianak Harum Sedap Malam, Kavita digandingkan dengan pelakon kacak, Eizlan Yusof. Mereka akan menjadi pasangan suami isteri.

``Saya seronok berlakon di bawahan arahan Shuhaimi kerana dia sentiasa memberikan watak yang berbeza kepada saya.

``Malahan untuk filem ini juga saya rasa puas sebab saya faham apa yang dikehendaki untuk watak Anna. Semuanya hasil daripada latihan yang kami lakukan sejak sebulan lalu,'' kata Kavita yang kian fasih berbahasa Melayu.

Selain Mimpi Moon, Kavita juga ditawar berlakon telefilem Minah Minahcee, sitkom Kipas Anggun yang diterbitkan oleh Pesona Pictures.

Walaupun sehingga kini Kavita belum temui watak yang boleh menonjol namanya sebagai pelakon berkelibar, namun dia sabar menanti peluang

itu.

Kavita berjanji akan berusaha keras untuk memperbaiki kelemahan diri dalam setiap penampilannya. Ini pastinya akan membuka ruang yang lebih besar kepadanya untuk ditawarkan watak yang benar-benar mencabar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.