saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/06/2003

Ruffedge, VE bergabung satu album

KUMPULAN yang mengetengahkan konsep R&B iaitu Ruffedge dan VE bergabung dalam satu album yang memuatkan lima lagu dan remix berjudul Extreme Pleasure EXTRA.

Ia merupakan kesinambungan daripada album sulung berjudul Extreme Pleasure yang diterbitkan sebelum ini dan berjaya mengangkat kumpulan Ruffedge sebagai Artis Harapan AIM 2003.

Album tersebut antara lainnya memuatkan lagu yang pernah dinyanyikan oleh kumpulan popular 70-an, Khayalan.

Rakaman semula lagu tersebut menjanjikan kesegaran baru kepada para peminat generasi baru yang tidak berpeluang mendengar Khayalan pada zaman popularnya berikutan kombinasi sempurna groove dengan vokal yang mantap.

Selain itu, kedua-dua kumpulan telah merakam semula lagu Feeling ke dalam bahasa Melayu berjudul Saat Bahagia.

Menurut Zain dari kumpulan Ruffedge, album tersebut merupakan ucapan terima kasih mereka kepada peminat setia.

Beliau berkata, album yang dihasilkan dalam tempoh sebulan itu amat istimewa kerana turut memuatkan lagu Khayalan kepada peminat yang tidak mengetahui populariti lagu tersebut dulu.

Album itu juga adalah kemunculan istimewa kerana sebelum ini mereka bergerak sebagai kelompok underground dan mengadakan persembahan di gig.

``Ada peminat yang meminati lagu-lagu kami tetapi mereka tidak dapat membeli cakera padat dan kaset.

``Bergerak secara terbuka seperti ini membolehkan album kami dijual secara terbuka dan ini memudahkan para peminat,'' jelas beliau.

Berhubung dengan penampilan dua kumpulan dalam satu album yang memuatkan lima lagu, Zain memberitahu, mereka telah lama bekerjasama dan mempunyai banyak persamaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.