saya nak baca ..

TENTERA


ARKIB : 26/06/2003

Mohd. Azhari - Peristiwa 15 anggota FRU terkorban dalam ingatan

Mohd. Azhari Chik (duduk tengah) berehat selepas menjalani latihan.


SIREN yang berbunyi kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 28 Februari tahun 1990 lalu mengejutkan sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berpangkalan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Isyarat tersebut menandakan kesemua anggota perlu berkumpul untuk menerima taklimat sekiranya ada sesuatu tugas yang perlu dilaksanakan.

Konstabel Mohd. Azhari Chik, salah seorang anggota FRU terbabit turut mendengar taklimat oleh penyelia pusat yang mengarahkan supaya seramai 57 anggota bersiap sedia dalam tempoh 30 minit untuk bertolak ke Terengganu dalam siri latihan ujian masa.

Latihan ujian masa dijalankan oleh Trup 4B itu adalah yang ketiga pernah diadakan oleh unit FRU untuk menguji kemampuan dan kepantasan sesebuah trup boleh sampai ke destinasi tertentu dalam tempoh yang ditetapkan.

Ujian itu diadakan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku di negeri-negeri tertentu termasuk ketika pilihan raya.

Anggota-anggota FRU yang terbabit ada di antara mereka baru memulakan kerja hari itu setelah bercuti dan sebahagian lagi sama-sama meluangkan masa bermain bola tampar pada pagi itu.

Kira-kira pukul 1 tengah hari, lima buah kenderaan iaitu dua kenderaan `command vehicle', sebuah trak tiga tan, sebuah trak kecil jenis Volvo dan sebuah Land Rover bergerak melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan.

Malang tidak berbau, pada pukul 2.10 petang, sebaik sahaja tiba di Kilometer 30.9 lebuh raya itu, salah sebuah kenderaan FRU yang membawa 22 anggota terbabit terlibat dalam kemalangan ngeri dengan sebuah bas ekspres dari Temerloh-Kuala Lumpur.

Kemalangan ngeri itu bukan sahaja mengorbankan 15 orang termasuk 11 anggota FRU, malah ia turut melibatkan 10 buah kenderaan lain termasuk enam buah kereta awam dan masing- masing sebuah lori tangki minyak, teksi, lori sayur dan treler Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Mohd. Azhari, 40, merupakan salah seorang anggota FRU yang berada di dalam kenderaan command vehicle kedua yang mengekori rapat di belakang trak FRU yang dirempuh bas ekspres tersebut.

Beliau tergamam sejurus selepas terdengar satu bunyi dentuman yang kuat betul-betul di hadapan kenderaan yang dinaikinya.

``Sebaik sahaja dentuman itu berlaku, saya dan rakan- rakan dari trak kedua terus keluar dari kenderaan untuk melihat apa yang berlaku.

``Saya tergamam seketika apabila melihat trak FRU yang berada di hadapan kami terperosok ke dalam bas ekspres dari arah bertentangan,'' katanya ketika ditemui di Kangar, baru- baru ini.

Mohd. Azhari yang kini berpangkat Cif Inspektor dan memegang jawatan sebagai Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam (KTKA), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kangar, Perlis masih tidak dapat melupakan peristiwa ngeri itu walaupun ia telah berlaku kira-kira 13 tahun lalu.

Di hati kecilnya, masih tidak dapat melupakan suasana sunyi seketika selepas dentuman kuat itu, diikuti dengan jeritan mangsa yang tersepit dalam kemalangan tersebut.

Menurut beliau, keadaan di tempat kemalangan yang paling buruk itu bagaikan sebuah `medan pertempuran' iaitu kenderaan berselerak manakala darah mengalir di dalam kenderaan ke atas jalan raya.

``Perkara yang paling sedih ialah melihat mayat beberapa orang rakan karib saya sendiri yang sebelum ini sama-sama bermain bola tampar sebelum bertolak ke Terengganu,'' ujarnya.

Dalam kejadian itu, lima anggota FRU terbunuh di tempat kejadian manakala enam lagi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tiga orang awam yang terbunuh di tempat kejadian ialah dua penumpang teksi dan seorang penumpang bas ekspres terbabit.

Kejadian itu, menurut Mohd. Azhari dipercayai berpunca daripada bas ekspres itu yang menghadapi masalah brek ketika menuruni bukit dan terbabas dan merempuh dua buah kereta sebelum bertembung dengan trak FRU berkenaan.

Dalam kemalangan itu, anggota-anggota FRU yang terbunuh ialah Koperal Helmi Ismail, Koperal Saaid Hassan, Konstabel Suhaimi Lazim, Konstabel Wan Mazlan Sitam, Konstabel Mohd. Shamsuddin.

Konstabel Mohd. Lazim Admin, Konstabel Mohd Puteh, Konstabel Razak Sharif, Konstabel Mohamad Razali Bidin, Konstabel Sazali Hussein dan Konstabel Goa Kok Keong.

Turut melawat ke tempat kejadian pada hari kejadian ialah Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Haniff Omar.

Bagi anak kelahiran Alor Star, Kedah, kejadian itu benar-benar menyayat hati beliau dan seluruh anggota FRU kerana pengorbanan 11 anggota FRU bukan di tempat yang sepatutnya.

Katanya, jika mereka terkorban di medan pertempuran sewaktu menjaga keamanan negara, masing-masing sanggup untuk menghadapi kenyataan itu.

``Apa yang dikesalkan ialah mereka terbunuh dalam kemalangan maut yang tidak sepatutnya meragut nyawa wira-wira bangsa itu,'' jelasnya sayu ketika mengimbau peristiwa 28 Februari 1990 itu.

Bagaimanapun bagi Mohd. Azhari, peristiwa itu merupakan salah satu asam garam hidup yang harus dilalui oleh setiap yang bernama insan, malah ianya memberi ketabahan kepada dirinya untuk terus bertugas menjaga keamanan negara.

Berasal dari anak seorang petani yang dibesarkan di Pendang, Kedah, beliau menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1982 sewaktu berusia 18 tahun dan mendapat latihan asas di Pulapol selama enam bulan.

Sebaik sahaja tamat latihan, beliau yang telah berumah tangga dengan Siti Mariam Abdul Rahman pada tahun 1991 dan kini mempunyai lima orang anak berusia antara 4 hingga 11 tahun ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, selama lima tahun menjalankan tugas am.

Pada tahun 1987, Mohd. Azhari telah bertukar ke cawangan FRU Kuala Lumpur dan berkhidmat dalam cawangan tersebut selama kira-kira 10 tahun.

``Sewaktu dalam FRU, pelbagai peristiwa pahit dan manis yang saya alami termasuk kemalangan ngeri yang meragut nyawa 11 rakan setugas pada tahun 1990,'' katanya.

Selain itu, katanya, beliau pernah terlibat dalam tugas-tugas menyelamat dalam beberapa kejadian tragedi dan bencana alam yang telah berlaku di sekitar ibu negara sekitar tahun 1990-an.

``Antaranya ialah menghadapi rusuhan besar dalam kem pelarian Vietnam di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada pertengahan tahun 90-an dan rusuhan pendatang Acheh di Kem Semenyih, Selangor yang turut mengorbankan seorang anggota FRU,'' jelas beliau.

Bagi Mohd. Azhari, pengalaman selama 10 tahun dalam FRU benar-benar mengajar beliau erti keamanan dan pentingnya menjaga ketenteraman negara.

Pada tahun 1997, beliau berjaya dalam temuduga jawatan Inspektor dan ditukar ke IPK Perlis sebagai Pegawai Tata Tertib.

Mohd. Azhari pernah berkhidmat sebagai Timbalan Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Chuping dan di bahagian itu, beliau banyak mencapai kejayaan dalam melaksanakan misi mencegah penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand.

Sebelum memegang jawatan sekarang, beliau juga pernah menjadi Ketua Polis Balai Kuala Perlis, sebelum ditukar jawatan sebagai KTKA.

Baginya, untuk menjadi seorang pegawai kanan polis yang berjaya, seseorang itu perlu melalui pelbagai cabaran selain sanggup menghadapi rintangan yang pastinya akan dilalui oleh setiap manusia.

``Bagi saya, hidup ini sentiasa berdepan dengan pelbagai ujian serta godaan, Untuk itu, hadapilah segal-galanya dengan sabar, tekun dan penuh keimanan, InsyaAllah, kita akan berjaya,'' nasihat beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.