saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/08/2003

Ruffedge mahu peminat hargai vokal

KUMPULAN lima anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Ruffedge berjaya menarik perhatian peminat muzik dengan penampilan vokal berharmoni.

Kebetulan tiga anggota kumpulan itu, Zain, Amer dan Mode boleh dikategorikan sebagai penyanyi tampan yang mampu menarik minat penggemar wanita.

Namun, personaliti fizikal mereka bukanlah aset utama yang mahu ditonjolkan sebaliknya mereka berazam mengetengahkan vokal dan muzik R&B soul.

``Kami merasa gembira kerana usaha yang kami lakukan selama ini mula menampakkan hasil. Peminat semakin meminati vokal kami,'' kata Zain yang menggunakan vokal tenor tinggi dan pertengahan.

Ruffedge yang mula mencipta nama dalam arena muzik underground masih terus diminati oleh kelompok tersebut walaupun kini menghasilkan album mainstream.

``Peminat underground terus mengikut kami dan menonton persembahan kami kerana vokal.

``Mungkin inilah kelebihan yang kami miliki. Jadi, kelebihan ini akan cuba kami pertahankan selagi peminat menerimanya,'' kata pemilik suara baritone kumpulan itu, Cat.

Menariknya, kumpulan Ruffedge berazam dan berharap dapat mengadakan persembahan dengan penyanyi mainstream yang mempunyai vokal terbaik. Ia boleh dilakukan di dalam persembahan bersama melalui sebuah konsert underground.

Konsert seperti ini amat penting diadakan kerana kebanyakan kumpulan underground tidak mengikuti perkembangan penyanyi pop. Alasannya, kerana mereka tidak mahu terpengaruh dengan unsur komersial.

Justeru, Ruffedge bercadang mengundang Siti Sarah dalam persembahan akan datang kerana yakin peminat yang hanya menyanjungi vokal akan menerima penyanyi lagu Kesetiaan itu.

Mereka yakin kemunculan banyak penyanyi yang mempunyai mutu vokal yang baik mampu mengubah kecenderungan peminat yang selama ini menilai personaliti.

Ruffedge muncul dalam album gabungan bersama kumpulan VE berjudul Extreme Pleasure EXTRA yang memuatkan lagu duet Khayalan.

Lagu saduran yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Black Dog Bone itu dilagukan dalam nada R&B oleh dua kumpulan yang hangat diperkatakan sekarang.

Mereka tidak menganggap album itu sebagai satu persaingan di antara mereka kerana masing-masing mempunyai peminat tersendiri.

``Ia sesuatu yang baik kerana peminat VE akan turut mendengar lagu-lagu kami dan demikian juga sebaliknya,'' kata Azan pula.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.