saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 01/08/2003

Jakarta jadi tuan rumah

BIRMINGHAM, England - Ibu negara Indonesia, Jakarta semalam dipilih sebagai tuan rumah pusingan akhir kejohanan badminton berpasukan lelaki dan wanita, Piala Thomas/Uber 2004.

Tokyo yang turut bersaing untuk mendapat hak tuan rumah bagaimanapun dipilih untuk menganjurkan kejohanan pada 2006.

Anggota majlis Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) dalam mesyuaratnya di Birmingham, England semalam memutuskan pusingan akhir Piala Thomas/Uber 2004 akan diadakan pada pertengahan tahun iaitu bulan Mei.

``Pusingan kelayakan akan diadakan sepanjang bulan Februari, bagaimanapun gelanggang untuk sesi tersebut belum diputuskan tetapi ia akan diadakan di setiap benua,'' kata presiden IBF, Korn Dabbaransi di sini, semalam.

Menurut Korn, memandangkan sesi kelayakan kali ini adalah mengikut peringkat benua masing-masing, pusingan akhir Piala Thomas/Uber pada masa akan datang menjamin penyertaan wakil dari Afrika, Panamerica dan Oceania, berbanding hanya didominasi oleh Asia dan Eropah sebelum ini.

Pusingan akhir Piala Thomas/Uber tahun depan juga bakal menyaksikan perubahan dalam format pertandingan dengan 12 pasukan akan berentap, penambahan kepada empat pasukan daripada lapan pada tahun lalu.

Ini kali ketujuh Jakarta dipilih sebagai tuan rumah kejohanan. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.