saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/08/2003

Siti Nurhaliza - ke Indonesia lagi

JARANG sekali penyanyi Siti Nurhaliza pulang dari luar negara tanpa sebarang cerita baru. Setiap kali kembali dari mengadakan persembahan di luar negara, Siti sudah pasti menjanjikan pelbagai cerita menarik.

Dua minggu lalu, sekali lagi penghibur muda itu berkunjung ke Indonesia. Kali ini, misinya sedikit berbeza dengan kunjungannya hujung Mac lalu.

``Siti ke sana kerana memenuhi undangan mengadakan persembahan amal serta konsert besar-besaran di Bandung dan Jakarta,'' kata Siti bercerita kepada Pancaindera.

Kali pertama di Bandung, kunjungannya ke sana, kata Siti ia menyeronokkan kerana penerimaan peminat-peminatnya di sana cukup menakjubkan.

Lebih menarik lagi, perjalanan ke Bandung selama empat jam dengan bas itu bagi Siti suatu perkara yang sudah lama tidak dilakukannya.

``Melalui kawasan peranginan Puncak, Siti dapat rasakan betapa besarnya kuasa Tuhan kerana pemandangannya terlalu indah sekali, saujana mata memandang,'' jelas Siti lagi.

Persembahan Siti di salah sebuah stadium mini, Sabuga di Bandung telah menarik perhatian lebih 6,000 penonton.

Rancangan yang diberi nama Dear Siti itu ujar penyanyi itu, dianjurkan semata-mata untuk memberi peluang kepada peminat-peminat Siti mendekatinya.

``Hati Siti benar-benar tersentuh kerana akhirnya berpeluang mendekati peminat-peminat di Bandung. Mereka punya keistimewaan yang tersendiri,'' cerita Siti.

Semasa di Jakarta pula, Siti diberi kesempatan untuk mengadakan persembahan dengan tiga artis popular dari negara jiran itu.

Ketiga-tiga mereka ialah penyanyi lelaki terkenal, Chrisye, kumpulan Dewa dan komposer dan pemuzik ternama Indonesia, Odie Agam.

Bersama Chrisye, Siti berduet menerusi lagu Kangen (Rindu). Lagu berkenaan kata Siti, merupakan lagu duet Chrisye dengan Sofia Latjuba.

``Siti sangat menghormati dan amat mengagumi Chrisye. Beliau merupakan seorang penyanyi dan seorang lelaki yang cukup tenang. Biarpun kami hanya bertemu dalam waktu yang singkat, namun Chrisye sempat berbual dan bertanya Siti mengenai kerjaya seni Siti,'' kata Siti yang ditemukan dengan penyanyi popular itu dalam program Azimat Cinta.

Bersama kumpulan Dewa pula, Siti berkesempatan mengadakan persembahan dengan kumpulan terkenal itu dalam persembahan Fiesta Mandiri yang berlangsung di Stadium Senayan.

Seperkara lagi ketika di sana, Siti juga sukar untuk melupakan detik-detik manis menyampaikan lagu Aku Cinta Padamu sambil pemuzik terkenal Indonesia, Odie Agam bermain piano.

``Siti harus akui itulah detik yang paling manis bagi Siti kerana Odie sudi memainkan piano mengiringi persembahan Siti dalam lagu Aku Cinta Padamu,'' ujar Siti sambil membayangkan detik manis yang terakam di fikirannya.

Aku Cinta Padamu merupakan lagu ciptaan Odie dan pernah dipopularkan oleh Sheila Majid.

Bukan sekadar lagu Aku Cinta Padamu, Odie secara spontan juga turut mempelawa Siti menyampaikan lagu Can't Take My Eyes On You.

Semasa di sana, Siti juga turut menerima anugerah platinum daripada syarikat rakaman Universal Music Indonesia di atas kejayaan album E.M.A.S yang dijual melebihi 100,000 unit di sana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.