saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 11/08/2003

Maahad Hamidiah - Terus cemerlang setelah 27 tahun


SEKOLAH Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah di Kajang yang diambil alih oleh Kementerian Pendidikan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 1977 menyambut Jubli Perak pada bulan ini.

Setelah 27 tahun, SMKA Maahad Hamidiah telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dalam peperiksaan utama di negara ini dan menjadi pilihan pelajar di seluruh negara.

Sejak tahun 2000 sekolah berkenaan mengekalkan prestasi keputusan 100 peratus untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tiga tahun berturut-turut.

Pada tahun lalu sekolah tersebut menduduki tempat pertama sebagai SMKA yang cemerlang di peringkat Kebangsaan.

Manakala dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekolah berkenaan kekal dengan prestasi cemerlang apabila 64 peratus pelajarnya memperoleh 8A dan 9A.

Keunikan SMKA Maahad Hamidiah sehingga berjaya mencapai kecemerlangan itu bukan sahaja kerana ia menekankan kecemerlangan akademik, kekuatan dan kecerdasan mental dan fizikal tetapi pelajar dididik supaya menjadi insan yang berjaya dan sentiasa bertawakal kepada Tuhan.

Menurut Pengetuanya Jamaliah Talib, salah satu program pendekatan kerohanian yang penting ialah sesi membaca Yassin dan solat Dhuha pada setiap hari Jumaat dari pukul 7.30 pagi sehingga 8.10 pagi.

``Untuk melahirkan insan Rabbani sekolah itu menyediakan program peningkatan sahsiah dengan berpegang kepada enam prinsip melalui program yang dilaksanakan,'' katanya.

Program-program berkenaan seperti Program Kerohanian (al-Mustakhlas fi Tazkiyatil Anfus) mendedahkan pelajar kepada ajaran Islam berpandukan al-Quran dan sunnah.

Matlamat program itu ialah untuk melahirkan pelajar Islam yang menghayati kandungan al-Quran dan sunnah dalam kehidupan Insan Rabbani yang bakal mewarisi kepimpinan masa hadapan.

``Waktu tambahan di peruntukan untuk kelas pengajian al-Quran tetapi bagi pelajar di asrama, kelas sedemikian lebih kerap diadakan,'' katanya.

Program lain ialah Kebersihan Dan Keceriaan (at-Tanzif wat Tajmil) yakni program kebersihan dan keceriaan untuk menjadikan sekolah sebagai institusi yang sihat, indah dan ceria.

Program tersebut akan mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dan dapat membantu serta menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

``Ia menanam sikap kasih sayang dan cinta kepada sekolah dan meningkatkan sikap kepunyaan serta suka datang ke sekolah,'' ujarnya.

Selain itu, sekolah tersebut mendapat peruntukan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk program sekolah sihat dan Bersih daripada Rokok dan Dadah.

Program Keselamatan (al-Amnu was Salamah) pula memfokuskan suasana yang selamat dan selesa serta mengelak dicemari oleh perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan mencacatkannya.

Jamaliah berkata, program itu turut mendapat kerjasama daripada pihak polis bagi Program Sekolah Selamat selain melancarkan Ops Jerat untuk memastikan pelajar patuh kepada peraturan dengan menekan bahawa disiplin bukan bebanan tetapi pemudah cara.

Program Maahad Penyayang (Habibatul Maahad) pula memupuk sifat kasih sayang dan saling menghormati di kalangan warga sekolah.

Kesannya, warga sekolah akan merasa semangat cintakan sekolah, menyayangi harta benda dan seterusnya berusaha memelihara dan menjaganya dengan baik.

``Segala elemen yang merenggangkan ikatan kasih sayang di kalangan warga sekolah akan dikenal pasti dan diperbaiki,'' katanya.

Menurut beliau, hukuman dan denda terhadap kesalahan pelajar bukan melalui hukuman fizikal tetapi melalui pendekatan membuat kerja sosial seperti menanam bunga, membersihkan halaman sekolah atau apa juga aktiviti yang memberi manfaat pada sekolah dan pengajaran yang positif pada dirinya.

Program Sosial (al-Kalimatut Toiyyibah) pula menekankan seluruh aspek berkomunikasi pelajar secara berkesan yang selaras dengan Islam.

Hasilnya, warga sekolah lebih berkeyakinan, mesra dan bersikap positif dalam kegiatan sosial yang dibenarkan di dalam dan di luar sekolah itu.

Kempen Syukran, (Thank you) diterapkan kepada pelajar iaitu sentiasa bersyukur dengan anugerah Allah dan budaya berterima kasih dalam kehidupan harian sama ada sesama pelajar, guru, ibu bapa, ulama, pemimpin, masyarakat dan negara.

Program intelek (al-baraatul Abqoriyyah) menekankan penjanaan fikiran para pelajar dalam menjalani kehidupan seharian yang secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan.

``Program tersebut akan membudayakan diri mereka dengan ilmu dan membantu mereka mengamalkannya,'' katanya.

Selain itu beliau berkata, program MT09F iaitu kempen zero 9 bagi mata pelajaran Matematik Tambahan turut membantu memotivasikan pelajar untuk memperoleh keputusan cemerlang.

Sekolah berkenaan turut mengadakan kelas elit iaitu kelas tambahan oleh guru tuisyen khas dari luar yang di bayar oleh ibu bapa bagi pelajar yang tinggal di asrama.

Berdasarkan sejarahnya, SMKA Maahad Hamidiah adalah hasil rancangan pengambilan Sekolah-Sekolah Menengah Agama kelolaan Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Ia diasaskan oleh Ustaz Abdul Hamid, seorang tokoh ulama tempatan yang mendapat pendidikan awal di Mesir pada tahun 1963.

Dengan bantuan masyarakat setempat dan JAIS ia ditubuhkan di Batu 14, Jalan Cheras, berhampiran Masjid Jamek Kajang dan kemudian diambil alih oleh Kementerian Pendidikan pada 1977 dari JAIS.

Nama sekolah tersebut diambil sempena nama pengasasnya itu dan pada 16 September 1984 ia berpindah di di Sg. Ramal Luar hasil usaha Kementerian Pendidikan Malaysia , Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Daerah Hulu Langat dan pihak-pihak tertentu.

SMKA Maahad Hamidiah kini menempatkan 870 pelajar iaitu 331 pelajar lelaki dan 552 pelajar perempuan dengan dipimpin oleh Pengetuanya iaitu Jamaliah Talib bersama-sama 68 guru.

Sempena Jubli Perak sekolah berkenaan Jamaliah berkata, pelbagai program telah diatur antaranya Program Simulasi Haji bagi pelajar tingkatan empat dan lima serta guru-guru.

Program lain ialah Minggu Pusat Sumber dan Minggu Kemerdekaan, ceramah Komunikasi Remaja dan Keluarga, konsert MIRWANA dengan kumpulan nasyid Hijaz dan kempen Sekolah Selamat.

Manakala acara kemuncak ialah pada 14 Ogos yang dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Selangor Yusoff Harun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.