saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/08/2003

Polis trafik mati dirempuh ketika sekatan jalan raya

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Seorang anggota Polis trafik Lans Koperal Hanapi Atan, 41, mati selepas dirempuh sebuah motosikal dipercayai ditunggang laju ketika sedang membuat sekatan jalan raya di Lebuh Raya Connaught menghala ke Cheras, di sini hari ini.

Mangsa mati akibat pendarahan teruk di kepala, pinggang dan kaki. Rempuhan yang betul-betul tepat di celah kelangkang itu menyebabkan Hanapi tercampak kira-kira 10 meter dari tempat kejadian.

Motosikal jenis Yamaha TZM berkuasa 150cc itu ditunggang oleh seorang pemuda bersama teman wanitanya.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Supritendan Ahmad Shamsuri Ahmad Mukri berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.50 pagi sewaktu mangsa dan seorang pegawai dan tiga anggota lain sedang memasang kon dan alat perangkap laju di tengah-tengah lebuh raya berkenaan sebelum memulakan operasi sekatan jalan raya di situ.

``Secara tiba-tiba datang empat buah motosikal yang ditunggang oleh empat pemuda bersama pasangan masing-masing dengan laju ke arah Hanapi yang berdiri di laluan ketiga lebuh raya tersebut.

``Tiga daripada motosikal itu dapat mengelak daripada melanggar mangsa kerana menggunakan laluan kedua tetapi sebuah lagi masuk ke laluan ketiga, tidak sempat berhenti lalu terus merempuh mangsa,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas upacara sembahyang jenazah Allahyarham Hanapi di Surau Hidayah, Perumahan PDRM Taman Miharja, di sini hari ini.

Difahamkan ketika kejadian, keempat-empat pemuda dan pasangan mereka dalam perjalanan untuk berkelah ke Hulu Langat dari Pelabuhan Klang.

Ahmad Shamsuri berkata, selepas perlanggaran itu mangsa dikejarkan oleh dua rakan setugasnya ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

``Mangsa mati dalam perjalanan ke hospital pada pukul 12.10 tengah hari kerana pendarahan teruk di kepala, pinggang dan kaki,'' jelasnya.

Menurut Ahmad Shamsuri, penunggang motosikal berusia 31 tahun yang melanggar Hanafi juga dihantar ke HUKM kerana cedera parah di leher dan kepala.

Katanya, pemuda tersebut masih dirawat di wad kecemasan tetapi keadaannya dilaporkan stabil.

Beliau berkata, dia akan didakwa di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda tidak kurang RM5,000.

Mengenai teman wanita lelaki terbabit, Ahmad Shamsuri berkata, dia tidak mengalami kecederaan dan terus menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta tiga lagi penunggang motosikal yang bersama lelaki itu semasa kejadian supaya menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan.

Ahmad Shamsuri berkata, beliau dan beberapa anggotanya akan membawa pulang jenazah Allahyarham Hanapi untuk dikebumikan di Kampung Teluk Buloh, Hutan Melintang di Perak, malam ini.

Katanya, Allahyarham sudah 15 tahun berkhidmat dengan pasukan trafik Kuala Lumpur.

Dia meninggalkan seorang isteri, Roshidah Mat Piah dan lima anak iaitu tiga lelaki serta dua perempuan. Anaknya yang sulung kini berusia 15 tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.