saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/08/2003

Filem Gedebe - Percubaan yang berani


SEORANG pengarah Russia, Rouben Mamoulian pernah mengatakan; ``Sebuah drama pentas atau teater yang baik, tidak semestinya menjadi filem yang baik atau berjaya.

``Alasannya, ia ada kelebihan tersendiri mengapa ia menjadi seni pementasan yang baik, tetapi bukannya dalam medium filem.''

Menurut beliau, jika seseorang mengubah atau memindahkan bentuknya untuk disesuaikan dengan medium filem, ia akan kehilangan kelebihannya semasa di pentas dan kelebihan itu tidak akan terserlah dalam filem tersebut.

Lantaran itu menyaksikan filem Gedebe yang difilemkan dalam bentuk video digital arahan Nam Ron, bukanlah satu penerokaan baru.

Sebaliknya ia merupakan eksperimen oleh pengarah dalam medium lain, memandangkan beliau sendiri pernah mengarahkan versi Julius Caesar di pentas teater.

Ini dikuatkan lagi dengan pengakuan Nam Ron yang kagum dengan pengarah, Quentin Tarantino, maka filem ini semacam persembahan yang mengambil semangat daripada pengarah tersebut.

Filem ini menjadi terlalu peribadi sifatnya kepada pengarah kerana keseluruhan naratifnya banyak bergantung kepada dialog. Ini pengaruh yang kuat apabila mengadaptasi karya William Shakeaspeare seperti yang dilakukan oleh filem ini.

Sebagai hasil kreatif yang cuba dipersembahkan dalam bentuk filem, ia gagal berfungsi selayaknya. Ini boleh dilihat dari aspek kreatif lainnya seperti gerak kerja kamera, suntingan, kesan bunyi dan penataan cahaya yang tidak melengkapi peranan dialog.

Ini membuktikan kebenaran bahawa drama pentas yang baik dan berjaya tidak akan mengulangi kejayaan tersebut di medium barunya.

Namun, sebagai orang baru dalam bidang pengarahan melalui medium yang menggunakan kamera, Nam Ron mengemukakan sesuatu yang amat berani.

Pergelutan

Ini adalah sisi lain yang cuba dibawa oleh pengarah dengan membawa acuan Julius Caesar ke dalam pergelutan hidup manusia yang dilatarbelakangkan golongan skinhead dan punk.

Ia cuba berbahasa secara universal tentang sikap mengkhianati antara sesama rakan, dari kehidupan lampau di zaman Rom purba ke dunia hidup di kota besar Malaysia hari ini.

Caesar dalam kisah ini merupakan ketua kepada salah satu puak punk, dan dia dikhianati oleh orang kanannya sendiri, Brutus.

Tindakan Caesar yang cuba menyatukan puak-puak punk dan skinhead di bawah kepimpinannya telah meresahkan Caesar dan Brutus. Caesar pula telah memanipulasikan keadaan dengan mempengaruhi Brutus agar membunuh Caesar.

Menonton Gedebe, khalayak akan bertemu sesuatu yang tidak pernah dipaparkan dalam genre kreatif seperti sudut pandangan seseorang yang sedang khayal selepas mengambil dadah.

Mungkin di sinilah letaknya keberanian pengarahnya, selain bersentimen dengan label watak media asing semasa pembunuhan Caesar.

Nam Ron sebenarnya menghidangkan khalayaknya sesuatu yang bersifat peribadi; secara kosmosnya, tentang kendiri dan sudut pandangannya tetapi pada masa yang sama beliau menyatakan bahawa ``yang diberikan adalah pokok'' dan khalayak boleh memikirkan ``apa saja buahnya''.

Filem ini dibintangi oleh rakan-rakan Nam Ron yang mendapat pendidikan seni di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) seperti Md Ezendy Aziz, Zul Huzaimy Marzuki, Hairul Anuar Harun, Soffi Jikan, Hariry Abd Jalil dan Azizi Mohd Said.

Filem terbitan Pustaka Cipta ini sedang ditayangkan di Bilik Kuliah, Tingkat 4, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur sehingga 25 Ogos ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.