saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/09/2003

Filem SH3 - Untuk peminat hip hop

FILEM Shhh..! The Movie atau SH3 terbitan AD-Niaga Sdn. Bhd. yang akan memulakan penggambaran awal September ini bertujuan untuk memberi satu gambaran positif berkaitan muzik hip hop dan peminat mereka.

Idea itu tercetus gara-gara pendapat sebelum ini yang mengatakan

penggemar-penggemar muzik hip hop banyak terpesong dengan budaya tidak sihat.

Menurut pengarah SH3, Zek Zukry yang juga bertindak sebagai penulis lakon layar filem tersebut, beliau ingin mengikis tanggapan negatif itu.

Justeru, beliau dan pihak AD-Niaga sependapat untuk menghasilkan filem yang menonjolkan penggemar irama hip- hop berimej bersih dan berjaya dalam hidup.

Jelasnya, Shhh..! The Movie yang bermaksud skateboard (papan luncur), hip hop dan handphone (telefon genggam) itu akan memberi tumpuan pada kehidupan remaja masa kini yang merangkumi perkara tersebut.

``Bila sebut hip hop orang mesti menyangka sesuatu yang negatif, ekoran isu dulu. Sebenarnya pengikut hip hop ini ada yang berjaya dan kebanyakan pelajar pengajian tinggi juga meminati irama tersebut dan begitu juga dengan aktiviti papan luncur.

``Sebab itulah saya memilih filem ini untuk memberi gambaran sebenar tentang pengikut hip hop dan gelagat pelajar masa kini,'' kata Zek tentang SH3 yang merupakan filem pertama arahannya.

Beliau yang sebelum ini banyak mengarah drama bersiri dan telefilem seperti Salam Taj Mahal, Meena Menachi dan Romeo & Juliet terbitan Kuasatek Pictures Sdn. Bhd, berharap percubaan pertamanya menerusi SH3 mampu memberi impak yang besar kepada golongan muda.

SH3 yang bakal menggunakan kos sebanyak RM1.2 juta itu menampilkan Asharaf Danial Sinclair dan Fasha Sandha sebagai pelakon utama.

Menurut Zek, meskipun filem ini banyak menampilkan wajah-wajah baru, namun beliau yakin dengan kewibawaan para pelakon yang terbabit.

``Ashraf sewaktu datang uji bakat, kita dapat melihat dia membawa karektornya tersendiri. Saya kagum dengan dia, walaupun tidak pernah bermain papan luncur tapi sekarang ini Asharaf sudah boleh beraksi.

``Dia menjalani latihan secara intensif dengan Padin, pemain skateboard negara selama tiga hari,'' katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran filem tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Walaupun ini adalah filem pertama arahannya, namun Zek tidak gentar untuk berjuang kerana sebagai orang baru dalam bidang pengarahan filem dan akan bekerjasama dengan pelakon baru, beliau tidak berhadapan dengan tekanan.

Sebaliknya, Zek menganggap pertembungan itu sebagai satu titik tolak untuknya dan para pelakon membuktikan bahawa mereka mampu memberikan sumbangan yang terbaik.

Selain itu, penerbit juga berharap kehadiran pelakon muda yang kebanyakannya sudah berjaya mencipta nama dalam bidang lain seperti Ashraf (model komersial) mampu menarik perhatian para remaja.

Pelakon lain yang terbabit dalam SH3 ialah kumpulan Ruffedge, Darling Ngasri, Opie Zami, Kumin, Louisa Chong, Ridzuan Hashim, Rosnah Johari, Connie Ahmad dan Padin.

Filem yang dijangka menjalani penggambaran selama 35 hari itu juga akan menggunakan Stadium Melawati Shah Alam untuk adegan kemuncak.

Untuk set lokasi pertandingan papan luncur di stadium itu sahaja, penerbit perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM33,000 dengan kadar sewa stadium sebanyak RM5,000 sehari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.