saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 03/09/2003

Polis pantas tangani PKPM - Pak Lah

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, polis bertindak dengan pantas dan cekap bagi membanteras kegiatan dan ancaman oleh Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM).

Oleh itu, kata Timbalan Perdana Menteri, adalah tidak tepat untuk mengatakan pihak polis gagal mengesan kegiatan PKPM sejak awal penubuhannya.

``Pihak polis melakukan intipan mengenai aktiviti PKPM sejak pasukan itu bergiat dalam pertubuhan lain iaitu Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM).

``Polis tidak boleh terus ambil tindakan pada masa itu memandangkan mereka masih lagi tidak melanggar apa-apa kesalahan di bawah undang-undang,'' katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Othman Abdul (BN-Pendang) mengenai mengapa Kementerian Dalam Negeri mengambil masa yang lama untuk mengesan kegiatan PKPM.

Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihak polis telah melakukan serbuan dan menahan tiga anggota PKPM pada 23 Julai lepas apabila menerima laporan mengenai kegiatan lelaki terbabit yang merekrut ahli serta mengenakan bayaran bagi mendapatkan pangkat, umpamanya Leftenan Muda RM8,000 dan Leftenan RM16,000.

Tambahnya, dalam serbuan itu turut dirampas ialah kad kuasa, surat aku janji, kepala surat berlogo Jabatan Perdana Menteri dan wang tunai.

``Polis kemudian berjaya memberkas Ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM), Nor Azami Ahmad Ghazali dan 16 orang lain yang merupakan pemimpin PKPM pada 24 Julai lalu.

``Berikutan daripada tangkapan itu, polis telah melancarkan `Operasi Impian' secara besar-besaran untuk menjejak dan memberkas ahli-ahli PKPM,'' katanya.

Abdullah berkata, operasi tersebut telah berjaya dengan tertangkapnya 110 orang ahli manakala 3,075 orang telah menyerah diri selepas diminta berbuat demikian.

Ujar beliau, dari jumlah itu, 37 orang merupakan pemimpin PKPM iaitu 14 orang di peringkat Pusat dan 23 orang di peringkat negeri termasuk pemegang amanah.

Abdullah menjelaskan, kegiatan PKPM semakin ketara selepas Nor Azami dan seorang lagi pemimpin utama pertubuhan itu, Abdul Rahman Baba dipecat pada Jun serta September tahun lepas dari PTCM.

``Polis mula melakukan siasatan dengan lebih mendalam mengenai kegiatan mereka yang terlibat kerana terdapat kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara serta didapati menjalankan kegiatan atas nama PTCM,'' katanya.

Beliau berkata, keadaan bertambah serius apabila pada 19 Julai lalu, satu upacara angkat sumpah 500 ahli PKPM berlangsung di Kuala Lumpur dengan pegawai tertinggi didapati memakai pakaian seragam biru seperti polis dan pangkat menyerupai pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, berdasarkan siasatan polis, motif penubuhan PKPM ialah untuk mewujudkan pasukan khas beruniform di kalangan warganegara Malaysia untuk menyumbang khidmat semasa berlaku bencana.

Tetapi realitinya, kata Abdullah, PKPM mengaut keuntungan daripada orang ramai dengan mendapatkan sumbangan derma dan menjual pangkat.

Ujar beliau, pada masa ini persoalan sama ada PKPM mengancam keselamatan negara atau sebaliknya tidak timbul lagi kerana polis berjaya membanteras pasukan berkenaan dan pemimpinnya sedang menghadapi tindakan mahkamah.

Menjawab soalan tambahan Chang See Ten (BN-Gelang Patah), Abdullah berkata, Kementerian Dalam Negeri sedang mengambil tindakan untuk memperketatkan peraturan penggunaan pakaian dan pangkat yang menyerupai anggota keselamatan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, guru golongan yang paling ramai terlibat dalam PKPM iaitu 50 orang diikuti dengan kerani 37 orang, kakitangan Jabatan Perhilitan (8 orang), anggota tentera (7 orang) dan pegawai penguat kuasa majlis perbandaran (6 orang).

Menurut Abdullah, selain kakitangan awam terdapat 166 pesara tentera dan lima orang bekas polis turut menjadi ahli PKPM manakala yang lain ialah orang perseorangan dan peniaga.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.