saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/09/2003

Zaman 70-an - Jadi pilihan Anugerah Era 2003

KUDSIA Kahar (kanan) dan Pengurusan Pembangunan kawasan Felisa Kosmetik, Fawzi Mohd. Khairan (kiri).


SEMARAK lagu-lagu era 70-an ciptaan Datuk Ahmad Nawab yang diputarkan tanpa henti oleh stesen radio THR.fm selama 14 jam baru-baru ini belum lagi reda. Kini, ada sahaja penganjur pelbagai program yang memilih era 70-an sebagai tema persembahan dan fesyen.

Radio Era menerusi Anugerah Era 2003 anjuran mereka akan menyemarakkan lagu-lagu 70-an apabila memilih tema era itu.

Selain memuatkan lagu-lagu nostalgia 70-an, semua penyanyi, penyampai dan tetamu digalakkan memilih fesyen zaman itu untuk ke pesta tersebut. Selain artis terkini, himpunan artis 70-an juga turut diundang menyerikan persembahan di malam anugerah di Arena of Stars, Genting Highlands, 11 Oktober ini.

Jay, Jay, Jatt,Jamal Abdillah, Fran, Azlina Aziz, Datuk M.Daud Kilau dan Man Kidal adalah antara barisan artis lama yang diundang.

Menurut Pengurus Besar Era Kudsia Kahar, mungkin banyak lagi nama yang sinonim dengan era 70-an yang tidak disenaraikan kerana pihak penganjur memilih artis yang mempunyai kelapangan masa pada waktu tersebut.

``Kami memilih 70-an sebagai tema kerana yakin lagu-lagu era itu masih kuat pengaruh dan diminati sehingga sekarang.

``Malah, semasa kami memulakan operasi lima tahun lalu banyak pendengar meminta kami memutarkan lagu-lagu 70-an,'' kata Kudsia.

Kudsia yakin pilihan tema 70-an turut mendapat sambutan hangat apabila ada personaliti yang telah menempah pakaian berkonsep sedemikian.

``Ia akan menjadi satu malam nostalgia yang menarik dan banyak kejutan,'' janji Kudsia apabila ditanya apakah yang menariknya di Anugerah Era 2003 nanti.

Artis baru juga mungkin akan menyanyikan lagu-lagu lama kerana konsep persembahan mereka mengadunkan lagu lama dan baru dalam satu persembahan. Antara penyanyi yang bakal muncul termasuklah Aishah, Hazami, Elyana, Hijjaz, Siti Sarah, Naufara, Nash, Misha Omar, Jai, May, Ezlynn, Azharina dan beberapa lagi.

Penyanyi luar negara, kumpulan C21 dan Mollucas turut diundang menyerikan persembahan.

Sementara itu undian memilih pemenang 11 kategori popular berterusan hingga 14 September ini. Pemenang dipilih melalui borang undian sah, laman web dan sistem pesanan ringkas.

Kategori Vokal Wanita Pilihan menyaksikan persaingan Ning Baizura, Nora, Siti Sarah, Siti Nurhaliza dan Ziana Zain manakala Anuar Zain, Hazami, Puteh, Yasin dan Zamani berebut kategori lelaki.

Kategori Vokal Duo/Berkumpulan pula membariskan kumpulan KRU, By U, Too Phat, Camelia/Anuar Zain dan Jamal Abdillah/Siti Sarah. Kumpulan Exists, Flop Poppy, OAG, Sheila On 7 dan Spider berebut anugerah Band Pilihan.

By U, Ezlynn, Misha Omar, Siti Sarah dan Waheeda pula tersenarai akhir dalam kategori Artis Harapan Pilihan manakala Artis Inggeris Tempatan Pilihan pula menyaksikan persaingan Poetic Ammo, Reshmonu, Ruffedge, Too Phat dan VE.

Kategori Lagu Pop Pilihan menunjukkan persaingan hebat antara Bukan Cinta Biasa (Siti Nurhaliza), Keabadian Cinta (Anuar Zain), Lembah Asmara (Ziana Zain), Satu Wajah (Mamat) dan Selalu Hadir Dirimu (Alam).

Kategori Lagu Etnik Pilihan menyaksikan persaingan Badasila (Siti Nurhaliza), Hala Timur (Noraniza Idris), Kerna Dia (Yasin), Nyanyian Serambi (Ramli Sarip) dan Salsabila (Yasin).

Lagu Nasyid Pilihan pula membariskan Gema Alam (Raihan), Kasih Ibu (Far East), Nur Kasih (In-Team), Satu Qiblat Yang Sama (Rabbani) dan Sumayyah (Hijjaz).

Lagu Rock Pilihan pula mempertandingkan Aku Dan Kamu (Flop Poppy), Kau Saja (Spider), Ku Bahagia (Melly), Percayakan Siti (Exists) dan Seperti Dulu (Exists).

Muzik Video Pilihan pula menampilkan Bukan Cinta Biasa (Siti Nurhaliza), Hasrat (Phyne Ballerz), Ku Milikmu (Siti Nurhaliza, Selagi Ada Cinta (Ning Baizura) dan Seperti Dulu (Exists).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.