saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 13/09/2003

Kejayaan Kavyan - Catat baca cerpen terpanjang

PERSATUAN Penulis Kaum India Malaysia (Kavyan) berjaya membuktikan kekurangan material tidak mematahkan semangat untuk mencatat rekod baca cerpen terpanjang selama 96 jam 32 minit dalam The Malaysia Book of Records.

Ia merupakan suatu kejayaan kepada dunia sastera secara keseluruhan terutama dalam usaha memasyarakatkan sastera dan membudayakan baca cerpen di negara ini.

Majlis yang berlangsung di Galeri Shah Alam, Shah Alam itu bermula jam 5 petang, 29 Ogos oleh Dr. Othman Puteh yang membaca cerpen Guruh itu telah berterusan sehingga jam 5.32 petang 2 September lalu yang menampilkan Sasterawan Negara, Datuk Dr. A. Samad Said membaca cerpen Dosa Pejuang.

Kejayaan tersebut dicatat dalam The Malaysia Book of Records mengatasi rekod 72 jam oleh Sekolah Menengah Agama Miri, Sarawak sebelum ini yang melibatkan pembacaan cerpen bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

Menurut Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB, pihaknya merasa bangga dapat menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat bagi menjayakan program tersebut. Seramai 166 pembaca pelbagai kaum dari seluruh negara telah terlibat dalam pembacaan 384 buah cerpen.

Selain menampilkan nama-nama besar dunia sastera tempatan seperti Sasterawan Negara, A. Samad, baca cerpen tersebut mendapat sambutan daripada peserta istimewa termasuk berkerusi roda dan cacat penglihatan.

``Para peserta menunjukkan komitmen menjayakan program ini sehingga pihak urus setia tidak menghadapi kesukaran menjayakannya.

``Kejayaan program ini amat besar maknanya kepada kegiatan memasyarakatkan sastera dan membudayakan baca cerpen, bukan untuk penganjur, tetapi sastera secara keseluruhan,'' jelasnya.

Malah, kejayaan tersebut lebih manis apabila sebelum acara itu berlangsung terdapat khabar angin oleh pihak tertentu yang akan melakukan sabotaj agar usaha Kavyan tidak itu tidak berjaya.

Uthaya Sankar sendiri turut dikecam secara peribadi dan diugut, namun atas sikap degilnya, segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada beliau tidak diendahkan.

Baca Cerpen Kavyan merupakan salah satu program pengisian sambutan hari kebangsaan yang mendapat sokongan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Selangor.

Menurut Uthaya Sankar, pihaknya mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak yang menjayakan program tersebut walaupun berlangsung dalam keadaan serba kekurangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:31
Isyak 8:45



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.