saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 18/09/2003

Penduduk Malaysia 23.3 juta tahun 2000

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Jumlah penduduk Malaysia hasil Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia pada tahun 2000 ialah 23,274,690 orang.

Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Datuk Noh Omar berkata, bancian tersebut mendapati bilangan penduduk lelaki adalah melebihi wanita iaitu 50.9 peratus berbanding 49.1 peratus.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, bilangan penduduk lelaki berumur 15 hingga 44 tahun adalah 50.9 peratus berbanding wanita pada umur yang sama iaitu 49.1 peratus.

``Jumlah penduduk lelaki dan wanita berumur antara 15 hingga 44 tahun adalah hampir seimbang, oleh itu tiada sebab bagi golongan lelaki untuk berpoligami,'' katanya secara berjenaka ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan asal Zawawi Ahmad (Pas-Padang Terap), Noh berkata, jumlah penduduk warganegara mengikut etnik di Malaysia ialah Melayu sebanyak 11.7 juta, bumiputera lain (2.6 juta), Cina (5.7 juta), India (1.7 juta) dan lain-lain kaum sebanyak 269,000 orang.

Menurut beliau, Selangor mencatatkan jumlah penduduk tertinggi iaitu 4.2 juta diikuti Johor (2.7 juta), Sabah (2.6 juta), Perak dan Sarawak masing-masing 2.1 juta orang, Kedah (1.6 juta) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.4 juta).

Katanya, ia diikuti oleh Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang iaitu masing-masing 1.3 juta, Terengganu (899, 000 orang), Negeri Sembilan (860,000 orang), Melaka (636,000 orang), Perlis (204, 000 orang) dan Wilayah Persekutuan Labuan (76,000 orang).

Sementara itu, menjawab soalan Wan Nik Wan Yussof (Pas-Bachok), Noh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad tetap dengan keputusannya untuk bersara pada akhir Oktober ini walaupun terdapat desakan daripada dalam dan luar negara termasuk pemimpin asing yang tidak mahu beliau berbuat demikian.

Menurutnya, Dr. Mahathir membuat keputusan tersebut kerana beliau yakin dengan kesinambungan dan penerusan dasar-dasar utama negara akan tetap dilaksanakan oleh Perdana Menteri yang baru.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.