saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 29/09/2003

Memartabatkan kembali tulisan jawi


DENGAN tema `Memperkasakan Tulisan Jawi di Era Globalisasi', Seminar Tulisan Jawi Dunia Melayu 2003 yang dijadual berlangsung di Melaka mulai 1 hingga 3 Oktober ini, sudah semestinya diharap menjadi medan perbincangan serius berhubung penulisan jawi dan seterusnya mencetuskan idea ke arah memartabatkan semula tulisan tersebut yang semakin lenyap pada abad ini.

Seminar kali ini, dianggap istimewa kerana ia mengumpulkan para ilmuwan dan cendekiawan dari seluruh dunia Islam bagi berbincang dan berkongsi idea dalam mengenal pasti isu-isu penguasaan jawi di samping mencipta keputusan yang bijak dalam merangka strategi untuk mempertingkatkan penggunaan jawi di kalangan masyarakat Melayu serantau.

Masyarakat umum, khususnya para pencinta tulisan jawi, tentunya sedia maklum kedudukan tulisan itu masa kini, yang semakin terancam sedangkan sebagai warisan tamadun Melayu, tulisan jawi mempunyai kedudukan yang istimewa dalam konteks perkembangan kebudayaan Melayu di Nusantara.

Tulisan jawi yang popular suatu ketika dahulu kini seolah-olah dilupakan apabila generasi baru tidak lagi menunjukkan minat untuk mempelajari tulisan jawi sedangkan ia menjadi warisan budaya bangsa yang mesti dipertahankan oleh umat Melayu Islam kerana tulisan jawi berasal daripada huruf-huruf al-Quran.

Tulisan jawi bukan sahaja dapat memainkan peranan penting dalam semua bidang termasuk pendidikan, malah ia kini sudah mampu digunakan sebagai perantaraan ilmu termasuk ilmu sains kerana tulisan ini tetap aktif menerima perubahan dari segi ejaan dan penambahan huruf-huruf yang diperlukan.

Justeru langkah kerajaan negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Utusan Melayu (M) Berhad dan Institut Seni Malaysia Melaka (ISSMA) menganjurkan seminar itu harus diberi perhatian serius.

Sesungguhnya seminar itu boleh dijadikan platform kepada para ilmuwan dan cendekiawan untuk mencari jalan dan berusaha ke arah memastikan penulisan jawi tidak terkubur sebaliknya diletak di kedudukan yang tinggi dalam era globalisasi yang serba mencabar ini.

``Sudah tiba masanya para cendekiawan bahasa Melayu memperjuangkan tulisan jawi sebagai salah satu agenda untuk memartabatkan dan mempertahankan tulisan jawi dalam era yang serba mencabar ini,'' kata Pengerusi Jawatankuasa Induk Seminar, Hasnoor Sidang Hussin.

Hasnoor, yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, dalam era globalisasi sekarang, penulisan jawi harus diperkembangkan dengan menjadikannya sebagai tulisan yang sentiasa diguna pakai dalam aspek kehidupan seharian.

``Setiap individu perlu berperanan untuk mempertingkat, mempertahan dan memperkasakan penguasaan jawi di era dunia tanpa sempadan ini. Kecanggihan teknologi kini seharusnya dimanfaatkan untuk memperkembangkan penggunaan tulisan jawi,'' katanya.

Menyedari hakikat itulah, menurut beliau, pihak penganjur mengambil kata sepakat untuk menganjurkan seminar itu bagi menyedarkan umat Melayu Islam tentang peranan dan tanggungjawab mereka untuk mempertingkat, mempertahan dan memperkasakan penulisan itu.

``Seminar ini akan menjadi medan perbincangan dan perkongsian idea para ilmuwan dan cendekiawan untuk memartabatkan penulisan jawi kerana keunggulan tulisan jawi perlu terus dipertahankan agar `tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas','' kata Hasnoor.

Seminar tersebut akan menyediakan forum bagi cendekiawan dan para ilmuwan serta pencinta tulisan jawi dan khat bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengaruh penulisan jawi berbahasa Melayu pada abad ini.

Antara lain, seminar itu bertujuan untuk mewujudkan satu kesepakatan mengenai penggunaan tulisan jawi dan seni khat di dunia Islam selain memantapkan kaedah ejaan jawi yang baku supaya dapat diguna pakai secara berkesan.

``Objektif seminar ini juga untuk memartabatkan tulisan jawi dan seni khat sebagai identiti bangsa Melayu di samping menjadikan tulisan jawi sebagai alat komunikasi di dunia Melayu, melalui media cetak dan elektronik,'' katanya.

Tidak kurang pentingnya, kata Hasnoor, objektif seminar itu adalah untuk mempertahankan nilai estetika dan etika dalam tulisan jawi.

Menurut beliau, bagi memastikan seminar itu benar-benar mencapai objektifnya dalam mempengaruhi Dunia Melayu menguasai dan mengguna pakai tulisan jawi, tokoh ilmuwan dan cendekiawan dari negara luar seperti Korea, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei dijemput membentangkan kertas kerja.

``Selain ahli-ahli akademik, pegawai Majlis Agama Islam, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar-pelajar IPTA dan IPTS, seminar ini turut akan dihadiri oleh peserta dari Afrika Selatan, Sri Lanka, Kemboja, Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia,'' kata Hasnoor.

Sebanyak 11 kertas kerja yang berkisar mengenai isu-isu berkaitan pengaruh penulisan jawi berbahasa Melayu pada abad ini akan dibentangkan pada seminar itu nanti yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Jika dilihat daripada tajuk-tajuk kertas kerja yang bakal dibentangkan pada seminar itu diyakini seminar itu akan dapat merumuskan resolusi-resolusi yang konkrit dan positif dalam usaha mempertahankan dan memartabatkan penulisan jawi pada abad ini.

Justeru, seminar seumpama itu amat wajar diadakan pada masa kini sejajar dengan era globalisasi dan usaha mengantarabangsakan tulisan jawi bahasa Melayu menerusi medan akademik.

Pada masa yang sama, inilah salah satu usaha untuk mengembangkan pencapaian tulisan jawi, khususnya bahasa Melayu di rantau ini demi memperkukuhkannya di semua peringkat dan sektor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.