saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 05/10/2003

MPPJ muncul juara

BARISAN pemain bola sepak MPPJ Selangor bersama Piala Malaysia yang dimenangi selepas menewaskan Sabah 3-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. - Gambar ABDUL RAHMAN SALLEH.


MPPJ mencipta sejarah apabila buat pertama kali menjuarai bola sepak Piala Malaysia 2003 dengan menewaskan Sabah 3 - 0 dalam perlawanan akhir penuh mendebarkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Penyerang import berbisa MPPJ, Juan Manuel Arostegui melakukan hatrik untuk memastikan kejayaan pasukannya menerusi jaringan penalti minit ke-13, 64 dan 90.

Bagi MPPJ yang dibimbing jurulatih Dollah Salleh, kejayaan tersebut cukup bermakna kerana menjadi pasukan bertaraf kelab yang pertama menjulang Piala Malaysia.

Sementara, bagi Sabah pula, kegagalan tersebut paling mengecewakan selepas mencubanya dalam perlawanan akhir sebanyak tiga kali. Kali pertama Sabah ke perlawanan akhir ialah pada 1996, diikuti pada tahun lalu tetapi kedua-duanya tewas kepada Selangor.

Tambah memilukan, Sabah terpaksa beraksi 10 pemain dalam separuh masa kedua apabila pemain tengahnya, K. Sanbagamaran menerima kad kuning kedua kerana tindakannya menjatuhkan diri di dalam kotak penalti MPPJ.

Di hadapan kira-kira 60,000 penonton termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan aksi yang memberangsangkan.

Jelas, kelincahan pemain import MPPJ Bruno Sebastian Martelotto dan Arostegui menjadi ancaman besar buat Sabah.

Akhirnya apa yang dibimbangkan Sabah berlaku apabila Arostegui menjadi punca kekalutan di depan dalam kotak penalti skuad badak.

Bermula gerakan cantiknya menggelecek Madzalan Emoi, kelincahan Arostegui terus menggugat sehingga menyaksikan ketua pasukan Sabah, Jelius Ating tidak mempunyai pilihan, selain menjatuhkan pemain import dari Argentina itu.

Ini memaksa pengadil, Halim Abdul Hamid menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Arostegui menerusi rembatan kencang menggegar gawang pada minit ke-13.

Separuh masa kedua menyaksikan gandingan Martelotto dan Arostegui semakin menjadi. Hantaran Martelotto dikawal cantik Arostegui di depan pintu gawang Sabah sebelum mudah menolak masuk mengatasi Khairul Azman pada minit ke-64 untuk melengkapkan kemenangan Sabah.

Sementara itu, hampir 60,000 peminat membanjiri Stadium Nasional di Bukit Jalil untuk menyaksikan pertemuan bersejarah antara Sabah dengan kelab pencipta rekod, MPPJ Selangor dalam perlawanan akhir Piala Malaysia semalam.

Perlawanan semalam adalah kali ketiga buat Sabah. Dua kali sebelumnya mereka tewas kepada Selangor pada 1996 dan 2002.

Kata-kata semangat kepada hero-hero mereka disuarakan menerusi kain rentang berbunyi seperti `King of Borneo', `Sabah Tatap' dan `Sabah Boleh...Badak pun Boleh...Sabah Tatap Juara Piala Malaysia 2003'. Saingan mereka tidak kurang hebatnya dengan kata-kata `MPPJ New Hero', `MPPJ `U' `R' da Best' dan `MPPJ pasti Juara'.

Suasana hangat benar-benar terasa sejak petang apabila sekitar Kompleks Sukan Negara mula diserbu oleh para penyokong kedua-dua pasukan.

Keadaan hingar-bingar di dalam stadium oleh jeritan para penyokong ditambah oleh bunyi bising disebabkan oleh sebahagian penonton yang menghentakkan kaki mereka pada meja-meja di sebelah kanan tempat duduk petugas media.

Bagaimanapun, perkara yang paling tidak diperlukan oleh bola sepak tempatan iaitu letupan mercun masih kedengaran dan semakin rancak beberapa minit sebelum permainan dimulakan oleh pengadil, Halim Abdul Hamid.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.