saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/10/2003

Melodi cabaran bagi Aznil Nawawi

TEKA-TEKI kekosongan pengacara rancangan hiburan terbitan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) iaitu Melodi yang disiarkan setiap Ahad pukul 1.30 petang terjawab juga akhirnya.

Namun, kemunculan Aznil Hj. Nawawi di kaca TV bagi mengacarakan program itu buat pertama kalinya pada 5 Oktober lalu memang sudah dijangkakan.

Ini kerana, Aznil bukan orang baru dalam dunia hiburan terutamanya bidang pengacaraan dan dia juga adalah antara tenaga penting di sebalik tabir program itu suatu ketika dulu.

Bagaimanapun, Aznil hanya muncul setelah lima minit Melodi dikendalikan oleh Afdlin Shauki yang berpakaian seperti angkasawan. Itulah gimik yang dilakukan oleh TV3 untuk menarik perhatian para penonton terhadap program itu. Melodi menjadi kontroversi sejak pengacara sebelum ini, Raja Azura yang dikenali Kak Engku menarik diri.

Meskipun Aznil pernah menjadi penerbit Melodi tidak lama dulu, tetapi dia tidak menyangka akan dipilih sebagai pengacara program popular itu.

``Saya ibarat sirih pulang ke gagang. Sebenarnya, saya tidak terfikir untuk menjadi pengacara Melodi selepas saya berhenti dari TV3. Kalau ada pun tawaran untuk menjadi pengacara mungkin rancangan baru terbitan mereka,'' kata Aznil semasa sidang akhbar yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Ahad lalu. Sebagai pengacara baru Melodi, Aznil tidak menafikan terdapat banyak cabaran yang perlu dilaluinya agar program itu terus diminati ramai.

``Cabaran untuk mengendalikan Melodi memang ada kerana terdapat banyak perubahan yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi rancangan ini.

``Contohnya, dulu Melodi dihasilkan dalam bentuk rakaman tetapi sekarang ia disiarkan secara langsung.

``Saya difahamkan jumlah penonton Melodi juga semakin bertambah iaitu hampir dua juta orang.

``Bukan itu sahaja, malah sebelum ini kebanyakan pengacara Melodi didominasi oleh pengacara wanita. Saya berpendapat semua itu adalah cabaran yang perlu saya pikul untuk memastikan agar Melodi kekal sebagai program hiburan TV paling popular,'' ujar Aznil.

Selain Aznil, turut serta pada sidang akhbar itu ialah Pengurus Besar Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan dan penerbit Melodi, Khalijah Mohamad.

Pemilihan Aznil bukan kerana pengalamannya hampir 10 tahun dalam bidang pengacaraan, tetapi dia juga adalah antara penyumbang idea bagi program tersebut ketika dia menjadi penerbit dahulu.

``Pihak TV3 meneliti pelbagai aspek sebelum mengambil seseorang pengacara dan Aznil memenuhi semua kriteria yang kami perlukan.

``Banyak idea asal yang ditonjolkan dalam Melodi adalah idea Aznil. Misalnya, suara latar yang dimuatkan semasa pengisian program itu ke udara adalah ideanya sendiri.

``Malah, sebelum ini pun Aznil pernah menjadi penerbit Melodi. Jadi, saya berpendapat dia tentu faham apa yang harus dilakukan oleh seseorang pengacara,'' kata Azhar Borhan.

Menurut Azhar lagi, beliau tidak menafikan meskipun jumlah penonton Melodi semakin meningkat tetapi ramai peminat yang merungut kerana masa tayangan program itu menjadi singkat disebabkan terlalu banyak iklan.

``Kami di TV3 pernah berbincang tentang perkara itu kerana apabila banyak iklan menyebabkan banyak bahan yang tidak dapat disiarkan.

``Kami akan cuba menyusun semula semua program terbitan TV3 dan jika ada perubahan kami akan umumkan kemudian,'' ujar Azhar lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.