saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/10/2003

Sharifah Hanim terlantar di hospital

Seniwati veteran, Sharifah Hanim Syed Hamzah, 68, kini terlantar di Hospital Besar Kuala Lumpur kerana penyakit kencing manis, darah tinggi dan hati.

Seniwati yang mula mencipta nama dalam bidang lakonan melalui filem Masam-Masam Manis di samping Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mula dimasukkan wad dua bulan lalu setelah terjatuh di rumahnya di Subang Jaya.

Menurut anaknya Sulasteri, ibunya yang memang menghidap beberapa penyakit sebelum ini, kini berada dalam keadaan stabil walaupun menurut doktor hatinya tidak dapat berfungsi dengan begitu baik.

Selain Masam-Masam Manis, Sharifah Hanim yang mula berlakon pada tahun 1964 telah berlakon lebih daripada 10 filem. Rahsia Hatiku filem pertama yang diterbitkan dalam bentuk warna pada tahun 1970-an adalah filem terakhir lakonannya.

Sharifah Hanim yang kini hidup sebagai ibu tunggal mempunyai dua orang anak daripada perkahwinannya iaitu Sulasteri dan Sita Asmah serta empat orang cucu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.