saya nak baca ..

TENTERA


ARKIB : 09/10/2003

Senoi Praaq - Dapat semula beret merah

PENGORBANAN Orang Asli dalam mempertahankan tanah air daripada pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) memang tidak dapat dinafikan.

Kewujudan Unit Senoi Praaq dalam pasukan keselamatan amat diperlukan kerana keberanian mereka melawan setiap musuh yang datang. Tetapi tugas mereka selepas era insurgensi adalah berbeza sama sekali.

Dahulu mereka menggalas senjata di perbatasan tetapi kini mereka banyak melakukan tugas di celah-celah hutan batu.

Bagaimanapun, matlamatnya sama iaitu mengekalkan keamanan tanah air daripada diancam oleh musuh negara.

Mengimbas kembali penubuhan Unit Senoi Praaq yang bermaksud `orang perang', ia sebenarnya telah diasaskan oleh Ketua Jabatan Orang Asli, Richard Noone pada Mei tahun 1956.

Pada awal penubuhannya, skuad `orang perang' ini hanya dianggotai oleh 10 Orang Asli bertujuan menghapuskan ancaman pengaruh komunis di kalangan Orang Asli di dalam hutan.

Kumpulan ini kemudiannya berjaya menawan hati 30 lagi Orang Asli untuk menganggotai unit tersebut.

Unit ini dilatih dengan cara-cara penggunaan senjata dan taktik peperangan di hutan oleh Pasukan ke-22 Special Air Service Britain dan telah diberikan pengiktirafan memakai beret merah yang sama dengan pasukan British ketika itu.

Anggota-anggotanya menunjukkan keberanian yang mengagumkan semasa mereka ditugaskan di kawasan pendalaman hutan negeri Perak dan Kelantan sekitar tahun 1970-an bagi menghapus pengganas komunis.

Berikutan kecemerlangan itu, unit ini kemudiannya dibentuk menjadi empat kompeni dan dipindahkan ke Bidor, Perak pada tahun 1983.

Bagaimanapun, selepas PKM meletakkan senjata pada 2 Disember 1989, berlaku perubahan apabila Senoi Praaq diletakkan dalam Pasukan Polis Hutan (PPH).

Fungsi Senoi Praaq juga banyak berubah kerana mereka tidak lagi mempunyai tugas hakiki menumpaskan pengganas komunis semata-mata. Tugas mereka lebih meluas dan mengikut keadaan semasa.

Berikutan itu, pada tahun 1997 satu upacara telah diadakan bagi penganugerahan Panji Utama PDRM dan Panji-Panji Unit dan Batalion di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol).

Pemakaian beret merah kepada beret biru juga dilakukan sebagai tanda pertukaran daripada Batalion 20 PPH ke Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA).

Selepas itu, Batalion 3 PGA diletakkan di bawah perintah dan kawalan pentadbiran Briged Tengah PGA ekoran tercetusnya reformasi di ibu negara.

Namun pada 3 September lalu, semuanya kembali kepada asal apabila Batalion 3 telah diletakkan kembali di bawah Briged Utara dan pemakaian beret maroon muda kepada anggota Batalion 3 dan Batalion 18 sebagai pengiktirafan kepada pasukan tersebut.

Upacara bersejarah itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Omar di Briged Utara, PGA, Ulu Kinta, Perak.

Pada majlis itu upacara penyerahan dokumen telah diadakan di antara Komander Briged Tengah, Senior Asisten Komisioner II Ibrahim Manas dan Komander Briged Utara Senior Asisten Komisioner II Mohd. Anuar Md Zin.

Bakri berkata, pengorbanan dan jasa anggota PGA mereka yang keturunan Orang Asli amat bernilai.

Katanya, kerajaan telah memberikan pengiktirafan yang tinggi kepada anggota tersebut.

``Jika dahulu anggota daripada pasukan ini hanya memegang jawatan Konstabel tetapi sekarang mereka telah diberi peluang untuk kenaikan pangkat,'' katanya ketika ditemui di Briged Utara Ulu Kinta, Perak.

Pada upacara itu, secara simbolik 60 Orang Asli dari Briged 18 PGA dan Briged 3 PGA memakai beret maroon muda menggantikan beret biru.

Perjuangan dan pengorbanan pahlawan negara di kalangan Orang Asli tidak dapat dinafikan lagi.

Kalau dahulu mereka banyak dikerahkan meredah hutan memburu pengganas komunis tetapi sekarang ini pelbagai tugas perlu ditunaikan.

Contoh yang paling nyata pada masa sekarang ialah kejayaan anggota Senoi Praaq mematahkan banyak cubaan menyeludup barang di kawasan sempadan.

Mungkin benar apa yang dikatakan di dalam sajak bertajuk Kembali Di sisi karya anggota PGA, Hamzahiruddin MS. yang berbunyi.

3 September 2003

Bukan lagi mimpi

Igauan kami selama ini adalah realiti

Bersama nafiri Tanjak Merah dinobatkan kembali

Menemani perjuangan kami

Dengan ikrar dan sumpah setia

Menjulang namamu gemilang

Menabur bakti dan jasa

Mempertahankan pertiwi tercinta

Menyatu bangsa dalam sejahtera.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.