saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/10/2003

Erra Fazira - Saya berhak dapat bayaran lebih

Pelakon Erra Fazira mendapat bayaran tinggi menerusi filem Hingga Hujung Nyawa (HHN) terbitan Metrowealth Movies Sdn. Bhd., berbanding filem Mr. Cinderella 2 (MRC2) terbitan Kuasatek Pictures Sdn. Bhd.

Utusan Malaysia khabarnya cuba mendapatkan komen Erra berhubung dakwaan itu selepas pratonton MRC2 baru-baru ini.

``Bagi Erra, bayaran yang Erra terima bergantung kepada banyak mana masa dan tenaga yang Erra harus habiskan untuk sesebuah filem itu.

``Contohnya, menerusi HHN masa Erra banyak dihabiskan untuk solekan. Bagi menjadikan watak Nora sebagai seorang tua berusia 78 tahun, Erra perlu disolek selama lebih lapan jam.

``Lagipun, Erra sudah ada sedikit pengalaman. Jadi, Erra rasa berhak untuk mendapat bayaran lebih.

``Lainlah dulu, ketika mula-mula berlakon, Erra mendapat bayaran RM10,000 untuk sebuah filem.

``Sekarang ini, bayarannya tentulah tidak sama seperti dulu lagi,'' kata Erra.

Sebelum ini Erra telah muncul dalam Mr. Cinderella (MRC) yang telah ditayangkan pada 29 Ogos tahun lalu. MRC telah membuat kutipan tiket sebanyak RM3.5 juta.

Walaupun mengetahui MRC membuat keuntungan, tetapi Erra mengaku puas berlakon dalam MRC2 meskipun bayaran yang diterimanya untuk filem itu tidak terlalu lumayan.

``Setakat ini Erra berpuas hati dengan bayaran yang Erra terima untuk berlakon dalam MRC dan MRC2.

``Erra tidak menyangka MRC akan mendapat sambutan hangat daripada para penonton. Soal keuntungan, itu hak penerbit,'' kata Erra.

MRC2 akan ditayangkan serentak pada 25 November ini di 35 buah pawagan seluruh negara.

Walaupun sibuk mempromosikan MRC2 tetapi dalam masa yang sama Erra juga tidak lupa terhadap pembikinan album solo keenamnya yang sudah lama tertangguh.

``Album terbaru Erra itu lewat diterbitkan kerana syarikat rakaman Sony Music yang menerbitkan album itu baru sahaja berpindah pejabat.

``Selepas semuanya berjalan lancar, insya-Allah album itu akan berada di pasaran selepas Hari Raya Aidilfitri nanti,'' kata Erra lagi.

Sementara menanti kemunculan album tersebut, Sony Music terlebih dahulu mempromosikan sebuah lagu single Erra yang berjudul Hanya Di Mata menerusi beberapa stesen radio tempatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.