saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/11/2003

BIENDA - Sedia terima kritikan kerana imej baru


BIENDA.



``Saya sedia menerima segala kritikan daripada peminat berikutan perubahan lagu dan imej yang saya tampilkan,'' kata Bienda, bekas anggota kumpulan Solehah.

Bienda atau Norrazlinda Razli, 18, menyedari peminat akan memandang serong padanya apabila muncul sebagai penyanyi solo menerusi album Unik.

Menurut Bienda, album Unik seratus peratus berbeza dengan album Solehah. Kalau muzik Solehah berkonsepkan nasyid kontemporari tapi muzik dalam album Unik yang diterbitkan oleh Yassin, Asri Rabbani, Najwa dan Eddie Hamid pula lebih menjurus kepada konsep arabic groove dan etnik kreatif.

Tegas Bienda, meskipun konsep yang dibawa berbeza namun, mesej yang disampaikan tetap serupa Solehah.

``Saya tetap seperti dulu, tidak ada apa yang berbeza. Tetap bertudung, cuma konsep lagu saja berubah.

``Untuk album ini pun saya tetap menggunakan khidmat anggota kumpulan Solehah sebagai penyanyi latar. Mereka banyak memberi sokongan kepada saya,'' kata Bienda terus terang.

Mendengar lagu Penantian, ciptaan Yassin, dalam album Unik, spontan kita akan berkata macam lagu Wassini dendangan Waheeda.

Bagaimanapun, Yasin yang ditemui di majlis pelancaran album Bienda baru-baru ini berkata, antara Bienda dan Waheeda berbeza.

Walaupun dia mencipta lagu untuk mereka berdua tapi kata Yasin, lagu untuk Bienda lebih kepada konsep arabic groove dan etnik latin. Sementara Waheeda pula lebih kepada irama world music.

Bienda pula memberikan komennya, ``Tidak ada istilah siapa tiru siapa. Saya suka konsep lagu yang dicipta oleh Yasin. Saya telah cuba buat yang terbaik. Dalam lagu Penantian juga ada bahagian rapping yang dibuat oleh Hisham @ Marcus Maskry dari Dubai.

``Saya tahu orang akan kata lagu itu macam lagu Alhamdullillah persembahan Too Phat dengan Yasin pula. Tapi kalau baik apa salahnya kita ikut. Sekurang-kurangnya dapat mewarnai industri muzik tanah air,'' kata Bienda tersenyum.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album solo pertamanya ialah Renungkanlah, Ilusi Maya dan Isti'dad.

Walaupun lagu-lagu dalam album ini sesuai untuk ditarikan namun, Bienda lebih senang memberi tumpuan pada vokal.

Kata Bienda, dia takut kalau bergoyang terlampau banyak nanti menimbulkan fitnah. Sebab itulah sewaktu mempersembahkan lagunya di majlis perasmian album Unik, Bienda lebih senang menggunakan penari latar.

``Cukuplah kalau saya goyangkan tangan sahaja. Tumpuan utama saya adalah pada vokal,'' katanya yang kini belajar bermain gitar dan keyboard di sebuah sekolah muzik di Mid Valley, Bangsar.

Bienda yang kini semakin bergaya dengan baju rekaan Amir Kadir itu turut menjelaskan, dia rasa terharu kerana impiannya untuk menghasilkan album solo terlaksana. Kejayaannya itu adalah berkat daripada dorongan dan pengorbanan ibunya, Sheeda.

Malahan perjalanan hidup ibunya yang penuh dengan liku itu juga dijadikan sebagai modal untuk dia terus tabah menghadapi segala dugaan.

``Pengalaman mama banyak memberi semangat pada saya untuk cekal dan tabah. Walaupun mama saya penyanyi dangdut tapi saya bersyukur kerana dia berjaya membentuk saya, abang dan adik menjadi insan yang berguna,'' katanya terus terang.

Kata Bienda, dia menjadi penyanyi bukan kerana ingin mengejar glamor. Sebaliknya dia ingin menjadikan bidang nyanyian sebagai punca pendapatan untuk membantu keluarga.

Bienda berharap dengan hasil pendapatan yang diperoleh, ibunya tidak perlu lagi bekerja keras menyara mereka.

``Kalau boleh saya tidak mahu lagi melihat mama menyanyi. Cukuplah pengorbanannya selama ini. Kali ini biarlah anak-anak pula yang menyaranya.

``Sebab itulah kalau boleh saya nak belikan sebuah banglo dan kereta untuk mama. Kalau diizinkan Allah, tahun depan saya dan keluarga nak buat umrah,'' katanya yang tidak bercadang memikirkan soal cinta dalam tempoh sembilan tahun ini.

Bienda yang sudah lima tahun dalam bidang seni berkata, dia tidak merasa janggal jika tidak mempunyai teman lelaki seperti rakan seusia lain.

Ini kerana sejak dari dulu lagi dia dididik dengan cara sebegitu. Bila usianya sudah menjangkau 27 tahun barulah Bienda akan fikirkan soal berumah tangga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.