saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/11/2003

Sembilan hari tayangan - Mampukah MX3 balik modal?

LIMA filem tempatan dijangka akan mengalami saingan sengit sepanjang tayangannya pada musim cuti sekolah dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Mr. Cinderella 2, Lang Buana, MX3, Jutawan Fakir dan Gila Bola adalah filem-filem Melayu yang akan ditayangkan ketika musim perayaan itu.

Bagi mengisi masa tayangan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mengatur tarikh tayangan filem-filem terbabit.

Filem MX3, akan memulakan tayangan umumnya di pawagam-pawagam di seluruh negara mulai 25 November ini selama sembilan hari.

Persoalan yang timbul ialah, mampukah MX3 yang menelan kos RM1.1 juta mencapai objektifnya melalui jumlah kutipan tiket dalam tempoh waktu itu?

``Saya sendiri tidak pasti tentang perkara itu. Ini kerana, tempoh masa wajib tayang yang biasa diberikan oleh FINAS untuk filem tempatan ialah sekurang-kurangnya dua minggu.

``Saya difahamkan, selepas sembilan hari MX3 ditayangkan, filem Lang Buana pula mengambil giliran untuk ditayangkan,'' kata pengarah MX3, Yusof Kelana selepas tamat pratonton MX3 di pawagam GSC, Mid Valley di ibu negara baru-baru ini.

Menurut Yusof lagi, ``Saya merasa tertekan dan bertawakal kepada Tuhan. Bagi saya, kalau filem ini dapat balik modal, itu pun sudah memadai.

``Mengikut pengalaman saya, jumlah kutipan tiket yang paling banyak boleh dikutip dalam masa sehari untuk tayangan sesebuah filem itu ialah RM150,000,'' ujar Yusof.

Yusof juga menyifatkan tayangan serentak lima filem Melayu dalam satu masa sebagai suatu sejarah dalam industri perfileman tempatan.

``Setakat ini belum pernah ada lima buah filem Melayu yang ditayangkan serentak di pawagam. Perkara ini boleh dimasukan dalam Malaysia Book Of Records.

``Walau bagaimanapun, saya berpendapat para penerbit filem harus bekerjasama dalam hal ini kerana industri perfileman kita kecil. Ini adalah satu persaingan yang tidak sihat,'' tegas Yusof.

MX3 adalah filem ketiga arahan Yusof. Sebelum ini Yusof pernah mengarahkan filem Juara (1991) dan Tragedi Oktober (1996).

Filem usaha sama antara Skop Productions Sdn. Bhd., dan M.E. Communications Sdn. Bhd., ini menampilkan barisan pelakon antaranya Saiful Apek (Senario), Faizal Hussien, Zul Yahya, Juliana Banos, Sarimah Ibrahim, Syanie, Azlee Jaafar, Sheila Rusly dan Osman Kering.

MX3 mengisahkan tiga sahabat iaitu Masdor (Saiful Apek), Malek (Zul Yahya) dan Mamat (Faizal Hussien) yang menubuhkan MX3, sebuah syarikat penyiasat persendirian.

Antara tugas mereka yang paling mencabar ialah menyiasat tuntutan insuran Marissa (Sarimah Ibrahim) yang mendakwa tentang kematian suaminya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.