saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 03/11/2003

Muzium Kesenian Islam - Rujukan penggemar seni Islam


Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) di Jalan Lembah Perdana, Kuala Lumpur biarpun terletak di belakang Masjid Negara dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tetapi tetap menjadi lokasi pilihan kepada pelancong asing, apatah lagi pelancong tempatan.

Ini kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Taman Burung, Planetarium Negara, Taman Rama-rama, Taman Rusa, Taman Tasik Perdana dan Taman Orkid, menjadi salah satu faktor keistimewaan muzium yang diilhamkan oleh Perdana Menteri keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

MKIM mengetengahkan seni dan budaya Islam melalui pengumpulan artifak seni Islam dari seluruh dunia, sama ada negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, mahu pun yang penduduknya hanya minoriti. Malah, ia juga mampu menjadi rujukan penggemar seni Islam, menyaksikan kecantikan dan budaya yang dikumpulkan dari segenap pelosok dunia.

Lantaran itu, tidak hairanlah MKIM yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara berjaya dinobatkan sebagai penerima anugerah Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni dan Budaya Islam, Pertubuhan Persidangan Islam (IRCICA) bersempena sidang kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Oktober lalu.

IRCICA adalah pusat penyelidikan rasmi OIC yang berpangkalan di Turki, menjalankan penyelidikan khusus mengenai sejarah, seni dan budaya Islam terutamanya yang membabitkan 56 negara anggotanya ini.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi MKIM, Saadah Shaikh Mahmood menjelaskan, anugerah berprestij yang diberikan setiap tiga tahun ini turut melayakkan MKIM menerima Biasiswa Promosi dan Penjagaan Khazanah Seni 2003.

``Ia sebagai pengiktirafan terhadap komitmen muzium dalam usaha pemuliharaan seni dan warisan Islam. Secara tidak langsung, anugerah ini juga bukan sahaja menjadi kebanggaan MKIM, malah turut dikongsi rakyat Malaysia sebagai sebuah negara contoh terbaik di kalangan negara Islam.

``Penganugerahan secara rasminya telah dibuat pada 22 Oktober lalu di hadapan Presiden Turki, Ahmet Necdet Sezer,'' ujar Saadah yang ditemui di MKIM.

Bagi mereka yang pernah berkunjung ke MKIM, pasti terpegun dengan seni binanya yang bercirikan reka bentuk moden dan kontemporari tanpa meminggirkan unsur-unsur seni bina Islam menerusi lima kubah pada struktur binaannya, termasuk satu kubah terbalik yang terletak di aras dua bangunan tersebut.

Jelas Saadah, kubah terbalik ini dipenuhi ukiran ayat suci al-Quran dan seni kaligrafi Islam. Ia dibina menggunakan tenaga pakar yang diimport khas dari Iran.

Lima kubah di muzium ini melambangkan lima rukun Islam dan setiap satu membawa pengertian yang tersirat dan tersendiri. Manakala, kubah terbalik ini pula, melambangkan diri manusia dan warna putih tanda kesucian.

Lebih menarik, koleksi di MKIM merangkumi keseluruhan seni dan kebudayaan dalam dunia Islam seperti seramik, pakaian, senjata, barang perhiasan, alatan tembaga, mushaf al-Quran dan yang paling menonjol ialah seni bina yang menjadi kebanggaan Islam. Kebanyakan bahan-bahan pameran adalah dari negara Islam yang terkenal dengan sejarah kegemilangannya. Di antaranya kekayaan tamadun dari Iraq, Iran, Turki, China, Pakistan dan beberapa negara Islam lain.

Keluasan MKIM, iaitu 270,000 kaki persegi ini dibahagikan kepada empat aras yang dikhususkan kepada Galeri-galeri Utama di aras teratas dan dua Galeri khas untuk pameran sementara. Galeri-galeri Utama bermula dari Aras 3 dengan Galeri Seni Bina, mempamerkan beberapa model monumen agung, jubin dan hiasan seni bina dalam era Islam.

Di satu sudut pula, terdapat ruang kecil dikhususkan untuk Kesenian Masjid yang mempamerkan pelbagai ciri seni bina serta kelengkapan lain yang berkaitan dengan ibadah sembahyang. Galeri Quran dan Manuskrip mempamerkan al-Quran-al-Quran dan kitab-kitab keagamaan dan sekular, lukisan miniatur, karya-karya perubatan, astrologi dan puisi dari pelbagai wilayah. Turut dipamerkan di aras ini, galeri khusus kepada tiga kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Sementara di Aras 4, Galeri Seramik dan Barangan Kaca, mencerminkan wawasan gaya dan teknik hiasan berbeza pada setiap artifak mengikut tahap kemasyhurannya yang tersendiri. Galeri Hasil Kerja Logam pula, memberi tumpuan kepada inovasi hiasan berciri Islam. Manakala, Galeri kelengkapan Senjata, dikhususkan kepada senjata dan pakaian perlindungan masyarakat Islam Zaman Pertengahan.

Galeri Barang Kemas pula, mempamerkan satu susunan perhiasan daripada empayar-empayar agung dan kumpulan suku kaum Islam. Galeri Mata Wang menempatkan himpunan besar mata wang dari seluruh pelosok dunia Islam, dan akhir sekali Galeri Tekstil, mengetengahkan fabrik dan pakaian kelengkapan berciri keIslaman yang mewah.

Lawatan ke MKIM tidak lengkap sekiranya pengunjung hanya melihat bahan-bahan pameran sahaja tanpa berkunjung ke Auditorium, Restoran dan Kafe, Kedai Muzium, Perpustakaan, Perpustakaan Kanak-kanak, Teres Rehal, Taman Pancutan Air, Bengkel Pendidikan Seni, Ruang Istirahat Penaung dan Sukarelawan, Bilik Prebiu serta disediakan kemudahan awam yang lain untuk keselesaan pengunjung.

Hakikatnya semenjak MKIM dirasmikan pada 12 Disember 1998, telah banyak pameran antarabangsa dianjurkan. Di antaranya: pameran Khemah Dunia Islam, pameran Kesucian Ikatan Perkahwinan, pameran Pakaian, pameran Seni Taman Islam, pameran Seni Bina Islam, pameran Kesenian Islam di China, pameran Nur al-Quran, pameran Pedang Fakhr al-Suyuf dan banyak lagi.

Selain itu, kata Saadah, MKIM dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan telah menjalankan beberapa program seperti, kursus-kursus kaligrafi untuk dewasa dan kanak-kanak sejak Jun 1999, menganjurkan pertandingan Kaligrafi peringkat Kebangsaan, pameran Tabung Bantuan Kosovo, Kalender Kaligrafi 2000 dan Bengkel Kaligrafi.

Akui Saadah, MKIM menerima kunjungan antara 150 hingga 180 orang setiap hari. Menyedari hal ini, Yayasan AlBukhary, pihak yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara artifak dan hasil seni MKIM memperuntukkan RM15 juta bagi program jangka panjangnya.

``Selain itu diwujudkan Pusat Penjagaan dan Pemuliharaan Semula yang diketuai beberapa pakar dari luar negara,'' kata Saadah akan usaha MKIM, institusi yang tidak berasaskan keuntungan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.