saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 13/11/2003

Kaligrafi Arab Cina - Gabungan harmonis

Ma Yun-Ting atau nama Islamnya, Mohammed Fudail, 41 tahun, pastinya langsung tidak dikenali di kalangan masyarakat Malaysia.

Namun, Imam Masjid Besar Utara Xiao-Pi-Yuan di Xi'an, China ini sebenarnya memiliki kelebihan dan kemahiran dalam memperkayakan cabang seni Islam, iaitu menghasilkan gabungan harmonis kaligrafi Cina dan Arab.

Beliau yang dilahirkan di Xi'an mempelajari tulisan ayat suci Islam dan seni kaligrafi Arab tanpa mengetepikan tradisi Cina daripada bapanya yang juga merupakan seorang imam yang disegani di Xi'an.

Fudail Ma Yun-Ting juga merupakan seorang guru bahasa Arab di Masjid tersebut pada tahun 1985 hingga 1995.

Menurut Fudail, sungguhpun minatnya dalam seni kaligrafi Arab Cina telah berputik sejak kecil lagi, namun peluang yang diperolehi semasa di bawah bimbingan seorang guru dan imam dari Universiti Al-Azhal, Mesir iaitu pada tahun 1996, telah menambah serta memberikannya ilham baru dalam penghasilan kaligrafi.

Pembelajaran dan rasa keinginan yang membuak-buak membuatkan Fudail sekali lagi pergi ke Mesir, iaitu pada tahun 1999 untuk membuat penyelidikan lebih mendalam.

Bermula dari situlah, bapa kepada tiga orang anak ini belajar dan menghasilkan kerja-kerja kaligrafi Arab. Malah, beliau terlibat sepenuhnya dalam membaik pulihkan masjid Masjid Besar Utara Xiao-Pi-Yuan yang berusia 800 tahun tersebut dengan hasil seninya.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan hiasan kaligrafi di dinding masjid tersebut adalah ilham dan sumbangan ikhlas Fudail.

Menariknya, kata Fudail lagi, kaligrafi ilhamnya itu, mempunyai unsur-unsur seni Arab di samping tidak mengabaikan keunikan seni kaligrafi Cina.

Akui beliau, bagi memperkayakan dan mencari kelainan serta keunikan kaligrafi di dinding masjid Dinasti Ming tersebut, beliau turut menggunakan kepingan emas tulen selain kombinasi warna yang menarik berunsurkan corak flora masyarakat Cina seperti bunga teratai.

Di samping itu, Fudail bukan sahaja mewarisi seni kaligrafi Arab Cina yang asli, malahan mengetengahkan unsur serta ide baru dalam hasil kerjanya.

Biarpun beliau banyak memberikan sentuhan baru, aspek nilai tradisi kaligrafi Cina tidak pernah ditinggalkan agar hasilnya masih ada identiti negara asalnya.

Hakikatnya, keupayaan Fudail dalam menggabungkan teknik seni kaligrafi Cina dengan kaligrafi Arab, wajar disaksikan oleh pencinta seni kaligrafi Islam di Malaysia.

``Saya tidak mengharapkan penjualan hasil kerja saya dibeli oleh orang Malaysia. Kehadiran mereka ke tapak gerai tempat saya membuat demonstrasi khat ini sudah memadai.

``Sekurang-kurangnya ilmu yang ada pada saya boleh dikongsi bersama kerana ini adalah salah satu aset seni Islam yang mesti diterokai.

``Malah, saya juga sedang mencari unsur-unsur kebudayaan Malaysia yang bersesuaian dalam hasil kerja saya yang sedia ada,'' kata Fudail yang baru pertama kali mengadakan demonstrasi sulung di Malaysia.

Sebelum ini, hasil kerja kaligrafi dan lukisan Fudail banyak kali dipertontonkan di pelbagai pameran, sama ada di dalam negaranya ataupun di luar negera seperti di Singapura.

Ada juga hasil kerjanya dijadikan koleksi simpanan oleh penggemar kaligrafi Arab dan juga beberapa masjid di China serta negara-negara Islam yang lain.

Di sepanjang kerjayanya, menurut Fudail, sehingga tahun 2000, beliau telah melakukan kerja-kerja pembaik pulihan dan menghasilkan lebih 100 kaligrafi Arab khas buat masjid teragung iaitu yang dibina semasa Dinasti Ming.

Tambah Fudail lagi, walaupun beliau dikategorikan bertuah kerana memperolehi ilmu ini daripada bapanya, hakikatnya cabang seni ini bukanlah milik turun temurun. Tegas beliau, mereka yang ada minat, usaha, komitmen dan kreatif, pasti berjaya.

Fudail kini mempamerkan hasil kerja seninya dan menerima tempahan daripada orang ramai di tapak gerai yang bertempat di pintu masuk pusat beli belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor sehingga 24 November 2003 sempena bulan Ramadan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.