saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/11/2003

Mirandinha latih skuad Hijau Kuning

SKUAD bola sepak Liga Super Kedah bakal menggunakan khidmat jurulatih dari Brazil, Francisco Ernandi Lima Da Silva atau dikenali sebagai Mirandinha untuk mengendalikan pasukan itu musim depan, lapor NAZARUDIN SHAHARI.

Mirandinha tiba di Alor Star kelmarin bagi mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), sebelum bertemu dengan para pemain.

Mirandinha menjadi pilihan untuk membawa cabaran Kedah musim depan dan dijangka menggantikan jurulatih dari Denmark, Jorgen E. Larsen yang tidak diperbaharui kontraknya.

Mirandinha, yang dilahirkan pada 2 Julai 1959 di Sao Paolo, Brazil memiliki 15 cap antarabangsa bersama skuad kebangsaan Brazil.

Beliau mempunyai pengalaman bermain untuk kelab handalan antaranya Portuguese De Desporto di Brazil, Santos Football Club (Brazil), Cruzeiro Sports Club (Brazil), Newcastle United (England), Futebol Club Belenense (Portugal) dan Fujita E.C. (Jepun).

Sebagai jurulatih, beliau pernah melatih pasukan Palmeiras F.C. dari Brazil, Al-Hajer Club (Arab Saudi), Atletico Nagro, Al-Riad dan Flamengo F.C. (Brazil).

Mirandinha yang menyaksikan latihan pasukan Hijau Kuning di Stadium Darul Aman kelmarin berkata, beliau berpuas hati dengan keupayaan yang ditunjukkan pemain tetapi menegaskan adalah terlalu awal untuk membuat penilaian mengenai keupayaan sebenar pasukan.

``Saya perlu melihat mereka bermain untuk beberapa kali lagi sebelum mula merancang strategi yang boleh diguna pakai untuk pasukan ini,'' katanya.

Beliau akan berada di sini selama tiga hari sebelum kembali ke Brazil dan datang semula pada minggu pertama bulan depan.

Beliau juga akan menyenaraikan beberapa pemain luar negara yang berpotensi untuk menyertai pasukan Kedah bagi mengharungi Liga Super musim depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.