saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/11/2003

Perginya dua bintang veteran

PADA pagi 1 Syawal (25 November) lalu, ketika umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri, dunia perfileman Melayu pula kehilangan dua pelakon veteran, Ibrahim Pendek dan Sharifah Hanim.

Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Hassan, 71, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9 pagi.

Ibrahim meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur (KL) selepas dua minggu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Menurut anak sulung Allahyarham, Mohamad Tamrin, 40, ayahnya tidak sedarkan diri selama tiga hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

``Arwah ayah saya menghidap sakit buah pinggang, paru-paru berair dan masalah sesak nafas. Sebelum itu, pada malam Hari Raya dia telah menjalani pembedahan di bahagian perut.

``Ayah meninggal dunia pada keesokan paginya selepas menjalani pembedahan tersebut,'' kata Mohamad Tamrin semasa Utusan Malaysia menghubunginya tempoh hari.

Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur, pukul 12 tengah hari pada hari yang sama.

Turut hadir semasa majlis pengkebumian itu antaranya Datuk Mustafa Maarof, A.R. Badul, Nasir P. Ramlee, Dayang Sofia, S. Azlee dan Opie Zamie.

Pelakon yang mula mencipta nama sejak era 50-an dan berstatus duda itu meninggalkan tujuh orang anak hasil perkahwinannya dengan bekas isterinya, Che Hasnah Mohd Amin dan Asiah Osman.

Sejak terbabit dalam bidang lakonan, Allahyarham telah berlakon lebih 50 buah filem antaranya Pendekar Bujang Lapok, Anakku Sazali, Panggilan Pulau, Nasib Si Labu Labi, Penyamun Tarbus dan yang terakhir sekali menerusi cakera padat video (VCD) Selamat Hari Jadi Abah.

Pelakon yang mempunyai ketinggian 130 sentimeter ini juga pernah berlakon disamping Rock Hudson dan Gena Rowlands dalam filem The Spirel Road pada tahun 1962.

Manakala, Sharifah Hanim yang pernah membintangi filem Masam Masam Manis bergandingan dengan Allahyarham P. Ramlee pada 1965 pula kembali ke rahmatullah di Wad 28, bilik nombor 6, Hospital Kuala Lumpur (HKL) juga pada 1 Syawal lalu pukul 5.20 petang.

Menurut bekas suaminya, Jazamuddin Baharuddin, 68, Allahyarham kembali ke rahmatullah kerana menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi dan ditempatkan di hospital terbabit sejak kira-kira dua bulan lalu.

``Allahyarham telah dimakamkan di Makam Diraja Perlis, Arau pada keesokan harinya (Hari Raya kedua) pada pukul 10.30 pagi,'' kata Jazamuddin sewaktu dihubungi.

Allahyarham atau nama sebenarnya Sharifah Hanim adalah puteri kepada Syed Hamzah Jamalulail, 68, yang pernah menduduki takhta kerajaan Perlis ketika zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu dahulu.

Allahyarham Sharifah Hanim dilahirkan di Arau dan dibesarkan di Alor Setar, Kedah, mendapat pendidikan hingga ke peringkat Cambridge di Kolej Sultan Abdul Hamid sebelum berpindah ke Kuala Lumpur sebagai penyiar sambilan di Radio Malaya.

Allahyarham pernah mendirikan rumahtangga dengan Jazamuddin pada tahun 1957, namun mereka akhirnya berpisah pada 1974. Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan dua anak perempuan, Sulasteri, 43, dan Sita Asma, 40.

Selepas penutupan Studio Merdeka pada 1974, Allahyarham berhenti berlakon dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Namun, nama Allahyarham terus segar di mata para penonton apabila filem Masam Masam Manis lakonan beliau sering disiarkan menerusi TV.

Selain Masam Masam Manis, filem-filem lain yang pernah beliau bintangi antaranya Bukan Salah Ibu Mengandung, Rahsia Hatiku, Pedang Sakti, Satu Penentuan, Anakku Suamiku, Bunga Emas, Penyamun Si Bongkok, Pertiwi dan Asmara Kirana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.