saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 29/11/2003

Alor Star naik taraf bandar raya

ALOR STAR 28 Nov. - Majlis Perbandaran Alor Star hari ini secara rasmi dinaikkan taraf sebagai bandar raya ke sembilan di negara ini dan bergelar Majlis Bandaraya Alor Star.

Surat Perisytiharan Taraf Bandaraya kepada Majlis Perbandaran Kota Star yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dipersembahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting kepada Sultan Kedah pada Istiadat Penyerahan Watikah Bandaraya Alor Setar, di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Sultan Kedah kemudian berkenan menyerahkan watikah tersebut kepada Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain.

Berangkat sama menyaksikan majlis penuh bermakna itu ialah Che Puan Haminah Hamidun, Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah, kerabat-kerabat diraja, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lokman Hakim Md Jassah, anggota-anggota Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

Surat perisytiharan itu ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Negara pada 19 November 2003.

Istiadat dimulakan dengan pengkisahan Bandar Alor Star tulisan tokoh sejarah negeri Kedah, Datuk Wan Shamsudin Wan Mohd Yusof yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Baling, Zahari Ismail.

Alor Star yang diasaskan kira-kira 268 tahun lalu (1735) oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II, iaitu Sutan Kedah yang ke-19 (1710-1778).

Bandar itu yang berasal dari cantuman perkataan `alur' dan `setar' (setar atau "boeya macrophylla" ialah nama sejenis pohon yang buahnya masam dan manis seperti buah kundang).

Pada Jun 1990 Alor Setar menyambut perayaan 250 tahun (1735-1985) dan antara peristiwa bersejarah sepanjang tempoh itu ialah serangan oleh tentera Ligor/Siam hingga menyebabkan Sultan Ahmad Tajudin terpaksa berpindah ke Pulau Pinang dan Melaka.

Pada 15 Julai 1909, selepas berlangsung Perjanjian Bangkok pada 7 Julai 1909, upacara penyerahan Negeri Kedah dari naungan Siam kepada Inggeris berlangsung di Balai Besar serta perhimpunan rakyat terhadap gagasan Malayan Union di Padang Court yang dihadiri oleh 10,000 orang pada 30 Mei 1946.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.