saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/12/2003

Julia Hana - Ditampar Datuk


JULIA HANA.


BARU-baru ini Julia Hana telah ditampar oleh seorang Datuk. Kata Julia peristiwa itu berlaku sewaktu dia sedang bersama seorang pelakon lelaki.

``Secara tiba-tiba sahaja Datuk itu menampar Julia dan Julia tidak sempat mengelak. Memang sakit sampai mengalir air mata,'' cerita Julia terus terang.

Jangan salah sangka, Datuk yang menampar Julia adalah pengarah Yusuf Haslam. Peristiwa itu berlaku di lokasi drama Sembilu.

``Ketika itu Datuk cuba memberikan tunjuk ajar kepada Faizal Hussin cara menampar Maria, watak yang Julia lakonkan. Julia tidak sempat mengelak sebab tak sangka pula akan kena tampar betul-betul. Kalau Faizal yang buat, memang Julia sudah bersedia. Bagaimanapun, tamparan Datuk itu terus memberi mood untuk Julia buat adegan menangis dengan lebih berkesan,'' cerita Julia sambil tersenyum.

Dalam drama Sembilu, Julia melakonkan watak Maria seorang isteri dan menantu yang tidak hormat suami dan mentua. Gara-gara lakonannya itu, kata Julia, ramai yang berpandangan serong terhadapnya.

``Sekarang ini ke mana sahaja Julia pergi pasti ada yang menjeling. Mesti ramai yang kata tak ingin bermenantukan Julia. Julia harap orang ramai jangan membenci Julia kerana Maria adalah karakter untuk drama Sembilu sahaja,''pintanya.

Biarpun begitu, Julia tetap gembira kerana drama yang masih menjalani penggambaran itu telah berjaya mengumpul bilangan penonton sehingga tiga juta setakat ini.

Kata Julia, watak Maria yang dilakonkannya dalam drama itu pernah dibawakan oleh Aida Rahim menerusi filem Sembilu.

Tegas bekas pengacara Malaysia Top 20, kesempatan muncul dalam drama bersiri terbitan Skop Production yang disiarkan setiap Selasa menerusi TV2 secara tidak langsung membantunya menguatkan kedudukannya dalam bidang seni.

``Setiap minggu muncul di kaca TV, memang membantu populariti Julia,'' katanya yang bersedia melayan sebarang komen peminat menerusi e-mel [email protected]

Julia yang turut aktif berlakon VCD berkata, dia baru sahaja selesai berlakon telefilem Kisah Hantu Terlampau dan Misteri Balan-Balan.

Kisah Hantu Terlampau terbitan Nizarman Sdn. Bhd., yang berbentuk komedi itu diarah oleh Rauf Rahman. Sementara Misteri Balan-Balan pula yang diarah oleh Amith Khan diterbitkan oleh Mar Production.

Kata Julia, kedua-dua telefilem itu menampilkan dia sebagai hantu. Bagaimanapun berlakon Misteri Balan-Balan banyak meninggalkan kesan seram.

``Sepanjang 12 hari berada di lokasi di Kota Belud, pelakon dan krew sentiasa membawa limau kasturi sebab petuanya hantu takut pada bauan limau. Percaya tak percaya, memang Julia ikut petua itu.

``Nasib baik Julia yang berlakon sebagai hantu tidak kena apa-apa. Tapi ada sekali selepas berlakon adegan kena sampuk, kepala Julia terasa macam ditekan. Ubatnya mudah sahaja, sembahyang. Lepas itu barulah rasa lega,'' katanya.

Ceritanya lagi, sepanjang penggambaran semua pelakon dan krew tidak berani menuturkan perkataan `balan' sebab menurut kepercayaan penduduk di kawasan tersebut, `balan' adalah sejenis hantu yang menjelma sebagai manusia.

``Misteri Balan-Balan adalah kisah benar penduduk di kawasan Kota Belud, Sabah,'' katanya terus terang.

Walaupun sibuk dengan lakonan, Julia tetap aktif meneruskan perniagaan peralatan telekomunikasi di syarikatnya, Celcom Zone Sdn. Bhd., yang terletak di Taman Nirwana, Ampang.

Jelasnya, perniagaan itu dijadikan persediaan masa depannya. Justeru itulah banyak wangnya dihabiskan untuk pelaburan syarikatnya itu.

Menyentuh mengenai gosip yang mengatakan dia keluar berbuka puasa dengan seorang ahli korporat baru-baru ini, Julia menegaskan bahawa dia bukan keluar berdua.

``Tidak ada apa yang Julia ingin komen kerana Julia sudah lama kenal orang itu. Lagipun kami keluar untuk bincang pasal perniagaan,'' katanya memberi noktah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.