saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/12/2003

Waheeda - Mahu berlakon filem aksi


Waheeda.


APABILA melihat penampilan dan gaya Waheeda yang sopan bertudung, mungkin ramai yang tidak menyangka penyanyi serta pelakon ini sebenarnya gemarkan aksi lasak.

Menurut Waheeda, bertudung dan berpakaian labuh bukan halangan untuknya mencuba aksi-aksi lasak terutamanya menerusi filem.

Justeru, jika diberi peluang, Waheeda atau nama sebenarnya Nor Wahidah Abd. Wahab, 25, teringin berlakon filem aksi.

``Kalau boleh saya mahu berlakon dalam filem seperti Charlie's Angles. Saya memang suka menonton filem-filem aksi.

``Bagi saya, bertudung tidak menjadi masalah untuk saya melakonkan aksi-aksi lasak asalkan ia sesuai dan tidak melampaui batasan.

``Saya akan cuba menyesuaikan watak yang saya lakonkan itu dengan penampilkan diri saya,'' kata Waheeda semasa Utusan Malaysia bertemu dengannya baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, Waheeda hadir di majlis pra-tonton filem sulung lako-nannya berjudul Jutawan Fakir arahan Prof. Madya A Razak Mohaideen.

Menerusi filem itu, Waheeda melakonkan watak Marina bersama pelakon lain antaranya Saiful Apek (Senario), Bob (KU2), Imuda dan Pie.

Selain teringin berlakon filem aksi, Waheeda juga teringin ber-lakon dengan tiga jejaka yang menjadi teman rapatnya selama ini.

``Jika diberi pilihan, saya mahu berlakon bersama Salleh (anggota kumpulan nasyid Brothers), Yasin dan Azman (pengurus Yasin) dalam sebuah filem.

``Ini kerana, kami berempat adalah kawan rapat. Jadi, kami lebih mudah bekerjasama antara satu sama lain,'' ujar Waheeda.

Meskipun mula menceburi bidang lakonan tetapi penyanyi yang popular menerusi lagu Wassini ini lebih mengutamakan bidang nyanyian.

``Menyanyi adalah keutamaan saya kerana bidang ini lebih memberi kepuasan kepada saya. Walau bagaimanapun, kalau ada peluang saya mahu terus berlakon.

``Dengan cara itu, saya boleh menambahkan lagi pengalaman saya dalam bidang lakonan. Ini kerana, menerusi Jutawan Fakir saya cuma berlakon dalam 11 adegan sahaja.

``Banyak lagi yang saya perlu pelajari dalam bidang lakonan. Mujurlah, pelakon seperti Saiful Apek banyak membantu saya,'' kata Waheeda lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.