saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/12/2003

Saiful (Apek) - Cuba nasib jadi pengarah

Saiful (duduk kanan) bersama pelakon Jutawan Fakir di majlis pratonton filem itu baru-baru ini.


BAKAT Saiful (Apek) menerusi bidang lakonan sudah terbukti apabila dia menjadi rebutan ramai penerbit filem tempatan. Hujung tahun ini sahaja lima buah filem lakonannya berjudul Gila Bola, Jutawan Fakir, MX3, Mr. Cinderella 2 dan Lang Buana ditayangkan serentak di pawagam.

Meskipun laris sebagai pelakon, tetapi pada masa sama anggota kumpulan lawak Senario ini juga mahu mencuba nasib sebagai pengarah filem.

Menurut Saiful, dia mahu melebarkan lagi kariernya dalam dunia seni.

``Selain berlakon, sebelum ini saya pernah mengarah dua telemovie berjudul Kudut And Katik dan Ok.

``Selepas ini, buat pertama kali saya akan mengarah sebuah filem berjudul Along terbitan syarikat saya sendiri Gitu-Gitu Production Sdn. Bhd., (GGPSB). Kuman (KU2) dan Syanie adalah antara pelakonnya dan penggambaran akan dimulakan awal tahun depan.

``Kalau boleh selain berlakon, saya juga mahu mencuba nasib sebagai pengarah. Suatu masa nanti, kalau sudah tidak berlakon lagi, saya mungkin akan tumpukan perhatian dalam bidang pengarahan filem pula,'' kata Saiful kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di majlis pratonton Jutawan Fakir, filem terbaru lakonannya yang akan ditayangkan di pawagam pada 18 Disember ini.

Pelakon lain yang turut hadir semasa pratonton Jutawan Fakir ialah Waheeda, Azza (Elite), Kuman (KU2), Pie dan pengarahnya, Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

Tambah Saiful, biarpun sudah bergelar pengarah tetapi dia akan terus menimbang tawaran untuk berlakon telemovie ataupun filem di masa depan.

``Saya harus bijak menilai skrip dan tawaran yang diberi. Kalau boleh, saya mahu watak dan jalan cerita setiap filem lakonan saya berlainan.

``Saya tidak mahu peminat saya jemu apabila saya terlalu kerap muncul menerusi filem. Sebab itu, kalau boleh saya tidak mahu terlalu over expose,'' ujar Saiful.

Selain berlakon dan mengarah, Saiful juga kini sedang sibuk membuat persiapan untuk menerbitkan album solo pertamanya.

``Dalam album itu, saya akan bergandingan dengan Yassin (Aku Kaya). Album itu akan diterbitkan oleh GGPSB dan ia akan berada di pasaran pada tahun depan,'' cerita Saiful.

Malah, menerusi syarikatnya itu juga, Saiful merancang untuk mengetengahkan ramai pendatang baru dalam bidang seni suara.

``Industri hiburan kita perlu ada pelakon dan penyanyi pelapis di masa akan datang. Dengan adanya GGPSB, saya harap dapat mencungkil ramai bakat baru,'' kata Saiful lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.