saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/12/2003

Fasha Sandha - Saya senang bersikap selektif


Fasha Sandha.


``SAYA tidak pernah memandang rendah drama atau cakera padat video (VCD). Pada saya baik drama, VCD atau filem semuanya sama sahaja. Ketiga-tiga saluran berguna untuk saya melebarkan sayap dalam bidang lakonan,'' kata Fasha Sandha jujur.

Menurut Fasha, sebelum ini dia tidak pernah berlakon drama atau VCD bukan kerana jual mahal atau takut hilang populariti sebagai pelakon filem.

Sebaliknya, kata Fasha setiap kali ditawarkan berlakon drama atau VCD, dia sentiasa terikat dengan jadual lakonan filem.

``Memang saya dapat banyak tawaran berlakon drama dan VCD tapi nak buat macam mana tidak kena dengan waktu. Bukan saya menolak sebab jual mahal ataupun ada perasaan tidak boleh berlakon drama atau VCD sebab saya sudah berlakon filem.

``Sebenarnya saya fleksibel. Kalau ada kelapangan memang saya terima tawaran tu, macam telefilem Dengan Nama Cinta yang disiarkan pada malam raya kedua baru-baru ini di ntv7,'' kata Fasha, menafikan dakwaan yang mengatakan dia menolak tawaran berlakon drama atau VCD sebab takut hilang populariti sebagai pelakon filem.

Kata Fasha lagi, selain ada waktu kelapangan, dia bersedia berlakon telefilem Dengan Nama Cinta kerana ingin bekerja di bawah arahan Osman Ali.

Lagipun kata Fasha, watak ustazah Najihah yang ditawarkan untuknya cukup mencabar kerana sepanjang berlakon dalam filem, dia belum berpeluang membawa watak sebegitu.

``Saya terima tawaran Osman Ali kerana watak ustazah Najihah menarik dan lagipun saya teringin bekerjasama dengan Osman sebab saya suka hasil kerjanya,'' jelas Fasha.

Selain faktor pengarah, Fasha juga ingin menguji kredibilitinya sebagai pelakon telefilem.

Jelas Fasha, telefilem tersebut ibarat platform untuk dia terus melangkah lebih jauh lagi dalam lakonan drama.

``Telefilem itu benar-benar satu ujian sebab saya tidak pernah berlakon telefilem.

``Tapi saya bernasib baik sebab dapat kerjasama daripada semua pelakon dan tunjuk ajar daripada pengarah,'' cerita Fasha.

Selepas telefilem Dengan Nama Cinta disiarkan, Fasha mendapat tawaran berlakon drama tidak henti-henti.

Bagaimanapun, Fasha lebih senang mengambil sikap selektif bagi memastikan penampilannya tidak stereotaip.

``Saya hanya akan berlakon dalam sesebuah drama, VCD atau filem jika watak yang ditawarkan berbeza.

``Sebagai artis, saya tidak mahu dilabel pelakon statik. Pembawakan pelbagai watak sekali gus membantu saya untuk meningkatkan lagi mutu lakonan,'' katanya terus terang.

Sehubungan itulah Fasha Sandha yang bakal muncul menerusi filem Bintang Hati, Shhh!... The Movie (SH3) dan Berlari Ke Langit tahun depan berharap peminat dapat menilai lakonannya.

``Kalau tengok filem yang bakal ditayangkan macam bertindih tapi watak utama saya hanya menerusi filem SH3 dan Berlari Ke Langit sahaja.

``Kedua-dua watak yang saya bawa berbeza. Jadi tidak akan berlaku pengulangan. Cuma saya bimbang orang jemu tengok wajah saya,'' katanya sambil tersenyum.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.