saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/12/2003

Saya semakin tenang - Siti Nurhaliza

``ALHAMDULILLAH Siti semakin tenang. Siti dapat rasakan ada ruang yang memberi kedamaian jauh di lubuk hati Siti,'' demikian pengakuan artis terkenal tanah air, Siti Nurhaliza mengenai hati dan perasaannya ketika ini.

Tidak pula merujuk kepada kunjungannya ke tanah suci Mekah, namun di sebalik kenyataan itu terkandung maksud bahawa pemergiannya ke sana memberi manfaat yang bukan sedikit.

Sebelum berangkat ke Mekah, Siti Nurhaliza pernah memberitahu, dia enggan membesar-besarkan isu kunjungannya ke sana.

Namun dalam pertemuan dengannya selepas sidang media Anugerah Juara Lagu 18 di Kuala Lumpur baru-baru ini, penghibur muda itu menceritakan kepada Pancaindera dia terlalu gembira dengan kehidupannya hari ini.

Bahkan, sesuatu yang amat memberi makna ialah dia berjaya mengetepikan persoalan-persoalan besar yang pernah menghimpit fikirannya sehingga menjejaskan tumpuannya terhadap bidang seni.

``Siti sedar dalam hidup kita sudah ditentukan akan berdepan dengan masalah. Hari ini atau esok Siti mungkin ada masalah baru.

``Tetapi, masalah yang pernah menghimpit perasaan Siti tidak lama dulu kini sudah berakhir dan Siti berdoa kepada Allah agar kedamaian ini akan setia menemani Siti,'' ujarnya yang tidak pernah lekang mengukir senyuman.

Kata Siti Nurhaliza, masalah ada di mana-mana dan sering singgah dalam hidup manusia.

``Apa yang penting bagaimana kita menangani masalah itu,'' katanya.

Selain memohon kesempurnaan daripada Yang Maha Esa berhubung kehidupan peribadinya, Siti Nurhaliza juga tidak lupa bermohon kesejahteraan kerjaya seninya.

``Kerjaya seni adalah punca rezeki Siti. Mahu atau tidak Siti harus teruskan juga kerjaya ini. Yang penting, Siti akan lebih berhati-hati dan lebih fokus,'' ceritanya penuh hemah.

Pada pertemuan itu, Siti turut berkongsi pengalaman terbarunya di negara seberang, Indonesia.

Kunjungannya ke sana hujung minggu lepas memberi kesempatan kepadanya untuk menyertai forum terbuka mengenai meraih prestasi melalui keteladanan.

Menurut Siti, itulah kali pertama dia menyertai sebuah forum serius yang membincangkan persoalan mengenai kerjaya seni dari aspek yang lebih luas.

``Ia pengalaman menyeronokkan kerana kali pertama isu seperti ini didebatkan mengikut perspektif agama serta dikendalikan oleh penceramah agama berpengalaman dan popular di negara itu.

``Sedikit sebanyak, penyertaan Siti dalam program ini memberi ilmu dan pengetahuan buat Siti,'' ujar Siti mengenai program perdebatan yang diterbitkan oleh stesen televisyen Trans TV dan dikendalikan oleh penceramah terkemuka Indonesia, Aa Gym.

Program tersebut turut mengundang Shahrul Gunawan yang merupakan pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia sebagai mewakili artis lelaki.

Kehadiran Siti ke Jakarta minggu lepas juga atas undangan stesen Trans TV yang menyambut ulang tahun kedua operasi stesen berkenaan.

Kunjungan ke sana turut memperlihatkan kerjasama baru syarikat rakaman yang dinaungi Siti Nurhaliza iaitu Suria Records (SRC) dengan syarikat rakaman EMI Music (Indonesia) yang bertindak sebagai syarikat rakaman yang mengedarkan album-album terbitan SRC di Indonesia.

Kesempatan kehadiran Siti Nurhaliza ke sana diambil untuk majlis menandatangani kontrak secara rasmi di antara kedua-dua pihak pengurusan.

Kerjasama pertama kali itu menyaksikan pengedaran album Hari Raya Siti Nurhaliza, Anugerah Aidilfitri yang difahamkan telah dijual sebanyak 20,000 unit di negara itu.

Sementara itu, ketika artikel ini dibaca, Siti Nurhaliza berada di Tokyo dan kemudian ke Yokohama untuk menyertai festival muzik di sana selama lima hari.

Sekembalinya ke tanah air pada 24 Disember ini, Siti Nurhaliza akan memberi tumpuan pula kepada persediaan untuk menyertai Anugerah Juara Lagu 18 yang akan berlangsung 28 Disember ini,

Siti Nurhaliza mempertaruhkan lagu Ku Milikmu ciptaan Zuraini yang akan dipertandingkan di bawah kategori Pop Rock.

Manakala sempena ketibaan tahun baru 2004 pula, Siti Siti mengumumkan yang dia akan meraikan sambutan itu di Pulau Pangkor. Buat julung-julung kalinya, penyanyi itu akan mengadakan konsert sempena sambutan tahun baru 2004 di Pulau Pangkor, Perak.

Konsert Mega Siti Nurhaliza sempena Karnival Pangkor yang akan diadakan pada malam tahun baru iaitu 31 Disember ini di Dataran Pasir Bogak, Pulau Pangkor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.