saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/12/2003

Neon - Tampilkan 66 pelakon popular

LAMBAKAN cakera padat video (VCD) di pasaran memaksa penerbit melakukan pelbagai cara untuk menampakkan kelainan dalam penerbitan produk mereka.

Mahukan kelainan, syarikat Real Desire Sdn. Bhd., menampilkan 66 pelakon popular dalam VCD pertama terbitan mereka berjudul Neon.

Percubaan berani syarikat itu menarik perhatian Malaysia Book of Records mengiktiraf Neon sebagai VCD yang menampilkan paling banyak artis popular.

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Aliyar Mohd. Kutty, syarikat itu sudah membelanjakan RM350 ribu untuk menjayakan pembikinan VCD Neon.

``Kami sedar ia merupakan kos yang sangat tinggi untuk penerbitan sebuah VCD.

``Bagaimanapun, dengan bantuan daripada banyak penaja dan rakan kongsi yang lain, jumlah sebanyak itu tidak menjadi bebanan kepada kami,'' kata Aliyar ketika ditemui selepas pelancaran Neon di Seri Kembangan, Selangor minggu lalu.

Dengan gabungan nama 66 artis popular tempatan, akan menampakkan kelainan dan mereka percaya VCD berkenaan akan mendapat sambutan penonton.

``Untuk kelainan juga, kami memilih untuk menampilkan setiap pelakon dalam satu atau dua babak sahaja. Semua pelakon popular ini mempunyai watak masing-masing yang tersendiri,'' katanya lagi.

Majlis pelancaran dilakukan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Kadir Sheikh Fadzir.

Antara 66 pelakon yang terlibat dalam VCD ini ialah Ary Malik, Azhar Sulaiman, Rita Rudaini, Tan Sri S.M Salim, Opie Zami, Norman Hakim, Abby Abadi, Fiza Elite, Fauziah Nawi, Eja, Jasmin Hamid, Serina Ridzuawan dan Jalalaludin Hassan.

Bagaimanapun watak utama Neon dijayakan oleh seorang bakat baru dalam dunia lakonan, Faizal Yusup.

Neon mengisahkan Hafiz, seorang pemuda yang berhadapan dengan pelbagai masalah dalam masa satu hari.

Bermula daripada di buang kerja, putus tunang, hilang dompet dan di hadapkan ke balai polis, banyak kejadian malang lain berlaku dalam hidupnya.

Menurut pengarah drama ini, Mohamed Feroz Abdul Kader Sahib, idea asal penerbitan VCD berkenaan datang daripada beliau sendiri yang juga merupakan penulis skrip.

``Saya ingin memberi gambaran kepada orang bahawa dalam kehidupan ini, setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri.

``Setiap baik atau buruk sesuatu perkara, adalah hikmah yang hanya kita akan ketahui sekiranya kita menyelami sesuatu kejadian dengan lebih mendalam,'' jelas graduan

lulusan Akademi Filem Malaysia ini.

30 minit menyaksikan VCD berkenaan, ternyata hasil yang ditunjukkan bakal memberi impak dan kesan yang tersendiri kepada penonton.

VCD ini memang berbeza daripada imej klise yang dibawa oleh sekian banyak penerbit VCD sebelum ini. Neon sudah berada di pasaran sejak 18 Disember lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.