saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 26/12/2003

Pameran Khat - Mempertingkatkan darjah kemanusiaan

MANUSIA pada fitrahnya suka kepada keindahan, kebaikan, kebenaran dan suka mencipta sesuatu. Penciptaan itu tentulah termasuk nilai-nilai yang baik, benar dan indah serta damai dalam hubungannya dengan hasil ciptaan itu. Bahkan hasil ciptaan yang damai itu akan mempertingkatkan darjah kemanusiaan seseorang yang mencipta dan menghayatinya.

Berhubung dengan itu, satu Pameran Seni Khat dan Seni Tampak yang bertemakan `Keamanan & Keharmonian Kehidupan' sedang berlangsung di Galeri Keris Mas, Dewan Bahasa dan Pustaka dari 15-31 Disember 2003.

Dalam menyatakan tema Keamanan dan Keharmonian Hidup dalam pameran ini, para pengkarya mahupun penghayat dianjurkan supaya menerima terlebih dahulu dengan hati terbuka sumbangan-sumbangan teori yang telah dicatatkan oleh pemikir-pemikir Islam terdahulu. Tentunya kita dapat membuat penilaian semula akan bagaimana formalisma tampak yang dipelajari dari tradisi barat adalah sebenarnya telah pun dinyatakan dalam tradisi seni Islam seawal-awal abad ke 7 masihi. Cuma perbezaannya adalah kaedah penyampaian ilmu itu yang sangat berbeza dengan kaedah pencapaian ilmu seni tampak kini.

Tulisan-tulisan terdahulu kebanyakannya bersifat menyeluruh iaitu dalam memperkatakan tentang seni, persoalan-persoalan lain seperti agama, sains, ilmu alam dan sejarah turut diperbincangkan dalam satu kesatuan yang saling memerlukan. Ilmu yang diberikan adalah lebih menyeluruh sifatnya berbanding dengan ilmu kini yang banyak menjurus dan terpisah-pisah.

Karya-karya dalam pameran ini mungkin telah menjawab beberapa persoalan formal yang telah dinyatakan itu. Daripada tulisan yang rapi dengan segala perkiraan tampak hingga membawa kepada gambaran yang abstrak tetapi harmonis. Keamanan dan keharmonian hidup telah digambarkan dari pelbagai sudut sama ada daripada kemujaradan bentuk dan rupa tulisan atau pun dalam konsep alam yang juga begitu mujarad. Kedamaian yang terpancar daripada hasil-hasil seni menjadi tanda bukti kepada fitrah insan yang memahami batas-batas berkarya dalam usaha mempernyatakan kebesaran Maha Penciptanya.

Jika seni khat telah diangkat sebagai seni Islam yang teragung kerana hubungannya dengan wahyu, maka dengan sendirinya bentuk-bentuk seni Islam yang lain jatuh ke martabat yang lebih rendah daripadanya. Asas kepada segala sumber ilmu adalah tidak lain daripada kitab suci al-Quran. Teras kepada seni Islam adalah seni tulisan khat itu sendiri.

Di dalamnya tersirat segala aturan dan sifat serta sikap dalam melahirkan konsep keindahan dalam segala ciptaan manusia. Jiwa dan minda manusia bersatu mempernyatakan kebesaran Tuhannya.

Sebanyak 100 buah karya berbentuk Lukisan dan 3D (arca) hasil karya pelukis professional dan amatur dipamerkan.

Pameran ini julung-julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Seni Khat kebangsaan (PSKK) dengan sokongan Kementerian. Kebudayaan. Kesenian. dan Pelacongan Malaysia dan Balai Seni Lukis Negara.

Karya-karya berharga daripada RM400.00-RM10,000.00 ditawarkan dalam pameran ini. Ia dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang (masuk percuma).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.