saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/01/2004

Break The Silence - Edar album menerusi internet

MESKIPUN nama Break The Silence masih asing dalam industri muzik tempatan tetapi kumpulan death metal ini mempunyai kelompok peminat mereka yang tersendiri.

Ramai peminat muzik dalam genre ini mengenali Break The Silence menerusi laman web mereka di internet. Kumpulan ini dikenali terutamanya oleh para pelayar internet.

Justeru, apabila Break The Silence menerbitkan album sendiri berjudul Merciless Mercenary, mereka turut memilih saluran internet untuk memasarkan album tersebut.

``Internet adalah cara yang mudah, cepat dan murah untuk memasarkan sesebuah album. Ini kerana, terdapat berjuta-juta pelayar internet di seluruh dunia termasuk para peminat muzik death metal yang menggunakan kemudahan ini setiap hari.

``Saya yakin cara ini juga amat berkesan untuk memperkenalkan Break The Silence dengan lebih meluas lagi,'' kata bassis Break The Silence, Dol semasa Utusan Malaysia bertemu dengannya baru-baru ini.

Menurut Dol atau nama sebenarnya Abdullah Maarof, sebagai permulaan 1,000 unit cakera padat (CD) Merciless Mercenary sudah pun diedarkan.

``Sejak album itu berada di pasaran pada 10 Disember lalu, 1,000 unit CD sudah pun dijual menerusi internet. Kami tidak sangka sambutan daripada para peminat amat menggalakan sekali.

``Kebanyakan peminat yang membuat pesanan untuk membeli album kami itu datang dari UK (United Kingdom), Sweden, Jerman dan US (Amerika Syarikat).

``Kami akan mencetak 500 unit CD lagi untuk memenuhi permintaan daripada para peminat di seluruh dunia,'' ujar Dol yang juga merupakan adik kepada penyanyi popular Rahim Maarof.

Merciless Mercenary diterbit serta diedarkan oleh Demonz End Records dan para pembeli juga boleh mendapatkan informasi lanjut album terbabit dengan melayari laman web www.demonzend. com

Selain Dol, Break The Silence turut dianggotai oleh A.P. (vokalis dan gitaris), Hezree (dram) dan Flix (gitaris undangan).

Bagi para peminat yang ingin menjadi ahli kelab kumpulan ini bolehlah menulis surat menerusi alamat: Abdullah Maarof, No. 55, Jalan Damansara, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.