saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/01/2004

Filem 7 Perhentian - Watak Erra mendatar

ERRA Fazira sering dikaitkan dengan watak-watak sebagai remaja, perempuan lemah lembut dan suka bersedih yang dianggap kurang mencabar kebolehannya sebagai pelakon. Meskipun sudah lebih 10 filem dilakonkan oleh Erra sepanjang penglibatannya dalam bidang lakonan, masih banyak yang kurang berpuas hati dengan apa yang ditampilkan oleh artis jelita ini.

Justeru, apabila datang tawaran yang memerlukan dia bekerja dengan lebih keras, Erra tidak banyak soal dan pantas menerima tawaran yang datang.

Itulah juga tarikan utama yang menyebabkan kenapa Erra Fazira menerima tawaran berlakon filem berjudul 7 Perhentian.

``Erra terima tawaran berlakon filem ini kerana mahu mencuba bakat dalam filem seram,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Erra, 7 Perhentian merupakan filem seram pertama yang diberikan kepadanya dan ia menganggap watak berkenaan adalah berbeza berbanding lakonannya dalam filem-filem sebelum ini.

``Bagaimanapun hasrat Erra untuk berlakon cerita seram tidak kesampaian kerana filem arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen ini telah diubah suai beberapa kali sebelum memulakan penggambaran,'' katanya lagi.

Skrip yang dihasilkan oleh Saniboey Ismail itu terpaksa melalui beberapa rombakan atas permintaan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dengan alasan ada beberapa adegan mistik.

Bila pengubahsuaian berlaku, watak yang diidamkan oleh Erra itu sedikit sebanyak telah berubah wajah menjadi lebih `ringan'.

Kata Erra, bila perubahan berlaku, dia seakan hilang arah untuk menjiwai watak yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

``Dulu masa mula-mula memang Erra suka sangat, sebab filem itu ada unsur seram. Entah kenapa tiba-tiba bila nak mula penggambaran, pengarah kata kena tukar.

``Sekarang ini, watak Erra macam mendatar saja. Oleh kerana ia bukan watak utama dan mendatar, Erra perlu menghidupkan watak tersebut supaya ia nampak menarik,'' cerita Erra yang ditemui di lokasi penggambaran kawasan rehat Sungai Buloh, baru-baru ini.

Erra yang berlakon sebagai Sue berkata filem 7 Perhentian lebih memberi tumpuan kepada Farid Kamil yang berlakon sebagai Amir.

Kata Erra, dia tidak kisah berpasangan dengan sesiapa asalkan watak yang dibawa bersesuaian.

``Kali ini Erra bertukar hero. Lagipun watak yang ditawarkan kepada Farid sesuai dengan karakternya. Yusry tidak menghalang kerana dia sudah faham dengan tanggungjawab isterinya sebagai pelakon,'' jelasnya lagi.

Erra yang sering digandingkan dengan suaminya, dalam filem-filem sebelum ini bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah berpasangan dengan pelakon lelaki lain.

Erra menjelaskan dia tidak kisah jika digandingkan dengan pelakon baru atau lebih muda daripada usianya kerana yang penting adalah keserasian antara mereka.

``Sebenarnya Erra tidak kisah digandingkan dengan siapa, asalkan masing-masing tahu tanggungjawab.

``Lagipun Erra tidak percaya ada jarak antara orang lama dan baru dan tidak timbul soal siapa membayangi siapa. Apa yang penting kita jujur dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi,'' katanya yang senang sekali berlakon di samping Farid.

Meskipun Erra merupakan pelakon berpengalaman, namun dia tidak pernah memandang rendah kepada pelakon baru lain.

Bahkan Erra memuji Farid mula diperkenalkan menerusi filem Mistik yang mempunyai peluang cerah dalam bidang lakonan.

``Dia ada bakat dan pakej yang menarik. Apa yang Erra tengok, dia semakin matang dalam lakonan dan Erra jamin dia boleh jadi hero pelapis,'' katanya ikhlas.

Erra yang pernah berlakon bersama Farid dalam filem Cinta Kolesterol dan Kuliah Cinta berkata, pemuda itu begitu yakin dalam membawa watak sebagai Amir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.