saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/01/2004

Trauma - Yang mendebarkan

FILEM Trauma yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 22 Januari ini memperlihatkan satu lagi cabaran baru bagi pengarah Aziz M. Osman.

Filem ke-20 arahan Aziz dilihat sebagai filem genre seram pertama sentuhan pengarah berkaliber itu.

Trauma yang dibintangi oleh Nasha Aziz, Amy Mastura, Azhar Sulaiman dan Sharifah Aleya itu juga dianggap Aziz sebagai sebuah karya yang berisiko tinggi.

``Trauma adalah sebuah filem suspense thriller. Kalau saya sebagai penerbit, saya sendiri tidak berani menerbitkan filem seperti ini.

``Bagaimanapun, saya menganggap Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (penerbit filem Trauma) telah memilih jalan yang berisiko tinggi,'' kata Aziz sewaktu sidang akhbar selepas pratonton Trauma di pawagam TGV, KLCC di ibu negara Selasa lalu.

Ditanya matlamatnya menerima undangan Tayangan Unggul mengarah filem berkenaan, Aziz memberitahu, dia menerima tawaran untuk mengarah Trauma kerana mahu merancakkan lagi industri perfileman tempatan.

``Saya resah kalau industri filem kita tidak ada warna-warninya. Saya terima tawaran ini kerana saya mahu mewarnai lagi industri perfileman tempatan,'' kata Aziz jujur.

Selain daripada itu, penghasilan Trauma juga dibuat kerana terdapat permintaan daripada khalayak filem yang mahukan filem-filem tempatan bertemakan seram.

``Sebelum ini ramai penonton yang merungut dan bertanya kepada saya mengapa tidak ada filem yang macam ini,'' kata Aziz lagi.

Secara peribadi, pengarah ini juga berpendapat, Trauma bukanlah sebuah filem komersial biarpun bintang-bintang dalam filem itu semuanya mempunyai memiliki nilai komersial yang amat tinggi.

Sebaliknya, Aziz berpendapat, Trauma tidak ubah seperti sebuah filem berat yang menuntut daya pemikiran yang tinggi daripada penonton.

Trauma yang menelan kos produksi dan promosi RM1.2 juta menjalani penggambarannya di sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands, Pahang selama 41 hari dan ia adalah filem keenam terbitan Tayangan Unggul.

Trauma mengisahkan Nurul (lakonan Amy Mastura) yang mengalami trauma selepas dua kali terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Kehadiran Jeslina (Nasha Aziz) telah mencetuskan suatu tragedi dalam hidup Nurul yang dikatakan mempunyai gangguan mental.

Sementara itu Nasha Aziz mengakui, karakternya dalam Trauma begitu berbeza dengan filem-filem lakonannya sebelum ini.

``Ada keistimewaan tersendiri kerana saya harus menjadi orang yang menyimpan dendam jauh di sudut hati walaupun secara fizikalnya saya dilihat sebagai orang yang baik,'' ujar Nasha menceritakan karakternya sebagai Jeslina dalam filem tersebut.

Amy Mastura yang turut sependapat dengan Nasha berkata, Trauma memberi pengalaman baru buatnya lebih-lebih lagi dalam kebanyakan filem lakonannya sebelum ini dia lebih tertumpu kepada watak-watak yang ceria.

``Saya menjangkakan watak dalam Trauma akan memberi persepsi baru di kalangan penonton terhadap watak-watak lakonan saya,'' kata Amy lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.