saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 20/01/2004

Pengerusi Felcra saman Harakah

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Pengerusi Felcra Berhad, Senator Datuk Hamzah Zainudin hari ini menyaman Ketua Pengarang Harakah dan tiga defendan lain berhubung dakwaan fitnah yang dibuat terhadapnya dalam satu laporan berita yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 Januari lalu.

Writ saman itu difailkan melalui firma guaman yang mewakilinya, Tetuan Shafee & Co di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Wisma Denmark di sini.

Dalam saman tersebut, Hamzah yang juga Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, menamakan Ketua Pengarang Harakah, Zulkifli Sulong defendan pertama, Jabatan Penerangan dan Penyelidikan Pas Pusat defendan kedua, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. defendan ketiga manakala Nasharudin Mat Isa sebagai defendan keempat.

Selain tuntutan ganti rugi, Hamzah juga memohon perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan terbabit daripada terus menyiarkan atau menerbitkan fitnah atau seumpamanya terhadap beliau.

Dalam pernyataan tuntutan, Hamzah mendakwa empat defendan itu telah menerbitkan satu artikel berunsur fitnah pada 15 Januari lalu dalam akhbar Harakah.

Hamzah mendakwa Zulkifli bersama tiga defendan berkenaan secara palsu dan niat jahat mencetak dan menerbitkan laporan berita bertajuk Siasat kes RM85,000 untuk Pengerusi Felcra.

Beliau mendakwa laporan berita yang disiarkan pada muka surat dua akhbar tersebut bersifat memfitnah dan menyebabkan beliau menanggung malu dari segi reputasi dan kredibiliti hingga menyebabkan beliau dibenci dan dihina.

Hamzah dalam pernyataan tuntutannya lagi mendakwa, laporan berita itu telah memfitnah dirinya menerima wang sebanyak RM85,000 sebagai balasan kerana melantik semula bekas Ketua Eksekutif Felcra selepas tempoh perkhidmatannya tamat pada Disember 2002.

Hamzah mendakwa laporan tersebut bermaksud bahawa beliau seolah-olah seorang korup, tidak mengikut polisi kerajaan, membuat keputusan tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa yang relevan, mengambil rasuah dan menipu peserta-peserta Felcra.

Beliau sebagai plaintif mendakwa, defendan-defendan berkenaan tidak membuat sebarang penyelidikan yang secukupnya untuk memastikan fakta mengenai dirinya sebelum penerbitan.

Berikutan itu, beliau menuntut gantirugi am, ganti rugi keterlaluan, faedah sebanyak lapan peratus, kos dan lain-lain relif yang akan ditentukan oleh mahkamah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.