saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/01/2004

MAYA - Berserah pada nasib

MAYA.


KALAU ikutkan peluang, Maya yang popular dengan lagu Matahari mempunyai ruang yang luas untuk mencipta nama dalam bidang seni. Namun penyanyi yang nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 28, itu tidak memiliki nasib secerah artis lain atau pendatang baru yang tampil kemudian daripadanya.

Maya yang tampil dengan album Satu Jam Lagi dan Sinar Cinta di awal kemunculan pada tahun 1996 pernah menjadi perhatian ramai kerana lagu-lagu dendangannya itu.

Malangnya populariti yang dicipta Maya bersama Jojo's Production bertahan hanya seketika saja.

Ini kerana setelah album kedua, nama Maya sebagai artis rakaman terus sepi bagaikan dibawa angin lalu.

Sebagai langkah untuk terus mendapat perhatian dalam bidang seni, Maya mencuba nasib dalam bidang lakonan pula.

Malah percubaannya dalam filem Gemerlapan tidak menghampakan. Justeru itulah Maya pernah diberi peluang berlakon teater Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda & Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya.

Boleh dikatakan bidang seni suara dan lakonan telah dicuba oleh Maya. Namun sehingga kini walaupun sudah berlakon lebih 30 buah drama, populariti Maya masih lagi `suam-suam kuku'.

Maya sendri tidak tahu di mana silapnya hingga menyebabkan namanya kurang menonjol seperti artis lain.

Kata Maya, kalau dikira bakat menyanyi memang dia mampu mendendangkan lagu secara langsung. Buktinya sehingga kini walaupun sudah empat tahun tidak ada album baru, dia tetap mendapat undangan mengadakan persembahan pentas.

Begitu juga bakatnya dalam bidang lakonan. Kalau betul dia tidak boleh berlakon kenapa banyak pengarah atau produser menawarkan dia berlakon drama atau cakera padat video (VCD).

``Saya sendiri tidak tahu di mana silapnya. Kalau nak kira bakat, saya boleh menyanyi dan berlakon. Tapi sehingga kini kehadiran saya dalam bidang ini setara saja,'' kata Maya terus terang.

Namun begitu, Maya tidak mudah putus asa. Katanya mungkin nasib belum menyebelahinya. Sejajar dengan itu sempena tahun baru, Maya berazam untuk memperbaiki apa sahaja kelemahan dirinya.

Maya yang berlakon sebagai guru dalam VCD Hoorey! Hoorey! Kami Tidak Bodoh II juga berkata, populariti seseorang artis turut dibantu oleh pihak media.

``Selain bakat, publisiti juga memainkan peranan untuk mengangkat nama artis. Oleh kerana saya terlalu sibuk dengan jadual kerja, maka saya tidak berkesempatan bertemu media.

``Lagipun, saya fikir buat apa bertemu media kalau tidak ada cerita kerjaya yang menarik untuk diberitahu. Kalau asyik-asyik cerita peribadi, orang pun bosan juga,'' katanya yang sedang berbincang dengan sebuah syarikat rakaman untuk menghasilkan album baru.

Meskipun sekarang ini Maya lebih mengutamakan lakonan, namun jika perbincangan berjalan lancar dia akan tampil dengan album berkonsep versatail.

Maya yang masih solo itu berkata buat masa sekarang dia ingin tumpukan perhatian pada kerjaya dulu. Jika ada jodoh mungkin tahun depan baru dia fikir untuk mengakhiri zaman solonya dengan teman lelakinya yang dikenali sejak enam tahun lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.