saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 31/01/2004

APM: Penyertaan calon menggalakkan

JIKA tahun lalu Anugerah Planet Muzik(APM) diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kali ini acara yang menggabungkan artis daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia itu akan diadakan di Singapore Expo Hall 3, Singapura pula.

Anugerah Planet Muzik 2004 (APM 2004) yang memasuki tahun keempat itu akan berlangsung pada pukul 8.45 malam, 20 Februari ini.

Menurut produser APM, Amin Hussin, sepatutnya acara berprestij itu diadakan di Jakarta tetapi memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan maka acara tersebut kembali diadakan di Kota Singa.

Acara yang disiarkan secara langsung melalui Astro Ria (Malaysia) dan saluran Suria TV (Singapura) itu akan mempertandingkan 17 anugerah termasuk satu kategori baru iaitu Artis Harapan Singapura.

Antara kategori yang sedia dipertandingkan ialah Artis Lelaki/Wanita Paling Popular, Duo/Kumpulan Paling Popular, Lagu Paling Popular, Album Terbaik dan Lagu Terbaik.

Menurut Amin lagi, penyertaan pencalonan kali ini melebihi daripada tahun lepas.

``Setiap tahun penyertaan calon

yang diterima semakin bertambah. Ini

membuktikan bahawa APM yang bertujuan untuk memajukan industri muzik di rantau ini mendapat sam-butan menggalakkan daripada setiap negara,'' katanya pada majlis sidang akhbar yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.

Artis tempatan yang bertanding kali ini ialah Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Ning Baizura, Waheeda, Siti Sarah, Ezlynn, Erra Fazira, Ziana Zain, Misha Omar, Anuar Zain, Jamal Abdillah, Hazami, Exists dan beberapa nama

lain.

Siti Nurhaliza bertanding dalam lima kategori iaitu Artis Wanita Terbaik, Artis Wanita Popular, Lagu Terbaik dan Lagu Paling Popular (Bukan Cinta Biasa) dan Album Terbaik (E.M.A.S).

Sementara Ning yang pertama kali tercalon untuk APM juga akan bertanding dalam empat kategori iaitu Artis Wanita Terbaik, Artis Wanita Popular, Lagu Terbaik (Selagi Ada) dan Album Terbaik (Selagi Ada...Ning).

Lain-lain artis dari Indonesia yang turut bertanding dalam APM untuk pelbagai kategori tahun ini ialah Kris Dayanti, Reza, Element, Cokelat, Gigi, Glen, Padi, Audy dan Marcell.

Bagi kategori Artis Popular, peminat berpeluang mengundi artis kegemaran mereka melalui Internet di laman web ria.com.sg atau warna.com.sg dan majalah Media Hiburan.

Lagu-lagu yang dicalonkan dinilai mulai 1 November 2002 sehingga 31 Oktober 2003.

Pada tahun ini juga penganjur yang terdiri daripada Mediacorp Radio RIA 89.7 FM dan WARNA 94.2FM dengan kerjasama Beyond DDB (M) akan mengekalkan sistem penjurian yang sama.

Para juri dari tiga negara terbabit akan dipertanggungjawabkan untuk memilih pemenang antara kategori yang dipertandingkan.

Acara kali ini akan dikendalikan oleh Aznil Nawawi, Shanty (Indonesia) dan dari Singapura, Adi Rahman bersama Abby Shake.

Selain daripada bertanding, artis-artis yang dicalonkan juga akan mengadakan persembahan. Antara yang akan mengadakan persembahan ialah Ning Baizura, Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Yusry, Ezlynn, Anuar Zain, Ferhad dan ramai lagi.

Seperti tahun lepas peminat yang ingin memeriahkan majlis tersebut bolehlah membeli tiket yang akan dijual dalam waktu terdekat ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.